16 Jun 2013

Majlis Temu Murni Tahun 6 UPSR

12 Jun 2013 - Majlis temu murni dan penanda pencapaian Ujian 1 UPSR tahun 6 telah diadakan. En Rofiee selaku penyelaras UPSR telah mempengerusikan Majlis tersebut. Dalam majlis tersebut, beliau mengingatkan semua Ibubapa untuk terus berusaha bagi memastikan kecemerlangan akademik tahun 6. Beliau juga mengingatkan ibubapa agar menghantar anak anak mereka ke kelas tambahan malam.

Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi juga menyatakan bahawa semua ibubapa perlu memahami pengorbanan guru yang sanggup datang pada malam hari bagi mengajar anak anak mereka. Ibubapa perlu memastikan kedatangan anak anak mereka supaya kelas dapat berjalan dengan lancar.


Cg Rofiee - Peny UPSR mempengerusikan
Perjumpaan Ibubapa Tahun 6 kali ke 2
Antara Golongan Bapa Yang Hadir - Tahniah!