SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






27 November 2014

MAKLUMAT JADUAL WAKTU MENGAJAR YANG PERLU DIKETAHUI



Info Waktu Mengajar Guru, GPK dan Guru Besar


Definisi Jadual Waktu:

A schedule at which particular activities (classes in a school ) are planned to occur
(Cambridge International Dictionary of English – 1995)
Suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahan dalam satu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu.

JADUAL WAKTU yang digubal itu mestilah memenuhi kriteria berikut:
-Mematuhi kursus pengajian KBSR/KBSM
-Mengandungi mata pelajaran yang diajar dan analisis jumlah waktu
-Peruntukan waktu mengikut Pekeliling terkini dan mengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar
-Memenuhi kehendak jadual waktu anjal
-Fleksibel bagi memenuhi keperluan & kepelbagaian potensi murid

Pertimbangan Dalam Penyediaan Jadual Waktu:

1 Faktor Undang-Undang : Dokumen yang mempunyai kuasa undang-undang terhadap semua aktiviti kurikulum sekolah [P.U.(531): Peraturan Kurikulum Kebangsaan]
2 Surat Pekeliling Ikhtisas:

- Bil. 8/1990
- Bil. 6/1991
- Bil.7/1994
- Bil. 10/1995

3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/94
Peruntukan Masa untuk matapelajaran Program KBSR bagi seminggu dan Jadual Pelaksanaan matapelajaran KBSR

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (1)
Mengadakan dengan serta merta untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar satu jadual waktu mengenai:
1 Semua mata pelajaran yang diajar
2 Sukatan pelajaran mata pelajaran yang diajar

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 6 (2)
Hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 7
Seorang guru hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar:
• Salinan sukatan pelajaran yang diajar
• Senarai murid di bawah tanggungjawabnya

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 10
Seorang Pengetua / Guru Besar suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (1)
Seorang guru hendaklah mengajar mengikut:
- suatu sukatan pelajaran yang diluluskan
- satu jadual waktu yang diluluskan
Jika tidak, dianggap melakukan satu kesalahan dan boleh didenda:
- tidak melebihi RM5,000
- penjara tidak lebih 3 bulan
- kedua-duanya sekali

P.U.(A) 531 & JADUAL WAKTU Perkara 11 (2)

Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998
Guru Besar / Pengetua dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya lima waktu seminggu
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
Guru Besar harus mengutamakan guru terlatih untuk mengajar kelas peperiksaan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
Pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah matapelajaran wajib diajar mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981: Penggunaan Waktu Tidak Mengajar /Waktu Luang Oleh Guru-Guru

Waktu tidak mengajar adalah masa bekerja
• Sedia ABM
• Semak Buku Latihan
• Rancang Pelajaran dll

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P & P SEMINGGU AKTA PEND. 1996 P.U.(A).531 –Berkuatkuasa 1 Januari 1998 - Menengah Rendah 1640 minit

PERUNTUKAN WAKTU MINIMUM P&P SEMINGGU – AKTA PEND. 1996
• Sekolah Keb. (Tahap 1) 1350 minit
• Sekolah Keb. (Tahap 2) 1440 minit

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
• Mengandungi
1. Rancangan Pelajaran Tahunan
2. Rancangan Pelajaran harian
• Objektif:
- Bagaimana cara untuk mencapai objektif
- Sejauh mana objektif itu tercapai

AGIHAN TUGAS MENGAJAR DALAM JADUAL WAKTU
• 5 waktu seminggu - Guru Besar / Pengetua
• 12 waktu seminggu GPK
• 18 waktu seminggu GKMP/ Guru Perpustakaan/Media, S/U Sukan, Guru Pemulihan & Penyelaras Pendidikan Khas
• Mematuhi peruntukan jumlah waktu mengajar minimum (Guru Penolong)
• Mengikut opsyen
• Seimbang dalam tugas akademik dan kokurikulum
• Mengikut kelulusan akademik
• Mengikut kebolehan & minat
• Mengikut pengalaman
• Mengikut keperluan sekolah
•Tiada pertindanan dan  'Jadual Berbayang' bagi GB dan GPK


JENIS JADUAL WAKTU
1 Jadual Waktu Besar /Induk
2 Jadual Waktu Peribadi
3 Jadual Waktu Kelas
4 Jadual Waktu Makmal
5 Jadual Waktu Ganti
5 Jadual Waktu Bilik Khas (Bilik Komputer, Bilik Masak, Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber dll)
6 Jadual Waktu Padang
7 Jadual Waktu Kokurikulum

JADUAL WAKTU INDUK
•Menunjukkan perjalanan aktiviti kurikulum sebuah sekolah dari waktu bermula hingga akhir tiap-tiap hari persekolahan
•Mengandungi maklumat semua kelas, mata pelajaran dan guru yang mengajar mata pelajaran
•Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua/GB dan dipamerkan di pejabat

JADUAL WAKTU PERIBADI
• Mengandungi maklumat semua kelas dan mata pelajaran yang di ajar oleh seorang guru tertentu
• Di lulus dan ditandatangani oleh guru berkenaan dan Pengetua / Guru Besar
• Disalin dalam Buku Rekod Mengajar guru
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU KELAS
• Mengandungi maklumat mata pelajaran dan guru yang mengajar bagi sebuah kelas tertentu
• Dilulus dan ditandatangani oleh guru kelas dan Pengetua / Guru Besar
• Dipamer disetiap kelas pada papan kenyataan
• Disalin oleh guru kelas - Buku Rekod Mengajar
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU BILIK KHAS
• Mengandungi maklumat kelas, masa dan guru yang menggunakan bilik tersebut
• Dilulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar
• Dipamer pada papan kenyataan bilik khas
• Setiap perubahan harus dicatat dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar

JADUAL WAKTU GANTI

• Tujuan – untuk mengawal murid apabila guru tidak hadir
• Mengandungi maklumat mengenai kelas, mata pelajaran, masa dan nama guru yang ganti guru yang tidak dapat hadir ke sekolah
• Di lulus dan ditandatangani oleh Pengetua / Guru Besar atau GPK
• Dipamer pada papan kenyataan di bilik guru
• Rekod disimpan oleh GPK


PETIKAN dari Nota Kuliah IAB
Credit : Sektor Jaminan Kualiti Kedah


17 November 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SKBP 2014

DISEMPURNAKAN OLEH : EN. MANSOR BIN SALLEH (PENYELARAS DUN TELUK PASU)
TARIKH : 16 NOVEMBER 2014
HARI : AHAD
TEMPAT : DEWAN SK BUKIT PETITI