SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






14 November 2012

NOTIS : Keputusan UPSR 2012




Ibubapa tahun 6 boleh mendapatkan keputusan UPSR
selepas pukul 10.00pagi di sekolah
pada hari tersebut.

TAHNIAH kepada Pelajar yang berjaya !!!
Untuk makluman seramai 4 Orang pelajar yang telah mendapat 5A di SKBPT


Pelajar yang berjaya mendapat 5A
Pelajar yang berjaya mendapat 5A bersama Guru-Guru dan Ibu Bapa

Pelajar yang berjaya mendapat 5A dan 4A 1B bersama guru

09 November 2012

Program Gotong Royong Keselamatan dan Keceriaan SKBP


9 NOV 2012 - SK Bukit Petiti dengan kerjasama PIBG dan JKK telah mengadakan Program Gotong Royong Keselamatan dan Keceriaan Sekolah. Objektif utama ialah menebang pokok pokok yang dikategorikan sebagai merbahaya dan tidak kondusif. Alhamdulillah program ini telah dihadiri oleh ibubapa  serta guru.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang terlibat terutamanya kepada En Abdillah - YDP PIBG serta En Rashid - Timb YDP PIBG SKBP diatas kerjasama yang dibuat secara percuma. Semoga jasa baik semua dirahmati Allah dan menyumbang kearah peningkatan kualiti Pendidikan di sekolah ini.




08 November 2012

Persaraan Tn Hj Othman Bin Zit





7 NOV 2012 - SK Bukit Petiti telah mengadakan Majlis Persaraan Tn Hj Othman Bin Zit yang akan bersara pada 1.12.2012. Majlis telah dihadiri oleh Wakil PPD iaitu Tn Hj Shuaimi Bin Endut - Pegawai Kaunselor PPD Kuala Terengganu, YDP PIBG - En Abdillah, Ibubapa serta rakan lama beliau dari sekolah berdekatan.

Pasukan Koir Sekolah telah menyanyikan beberapa buah lagu bagi memeriahkan majlis ini. Makcik Wok - salah seorang penduduk kampung juga menyanyikan sebuah lagu bagi meraikan persaraan Tn Hj Othman.