SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






01 Januari 2010

Ucapan Aluan Guru Besar





Asalamualaikum,


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudiaan para pelawat mengunjungi blog SK Bukit Petiti. Kepentingan ICT semakin berkembang secara drastik di seluruh dunia. Sebagai seorang pendidik atau pun ibubapa, kita tidak dapat lari dari keperluaan penggunaan ICT. Ini sememangnya memerlukan pengetahuaan ICT. SK Bukit Petiti juga perlu seiring dengan perkembangan ICT bagi menjadi acuan pemangkin pengamalan dan pembudayaan ICT sebagai satu alatan berkesan dalam tugasan seharian dan PDP guru.

Adalah menjadi harapan saya wujudnya blog ini, akan dapat memberi peluang kepada pelanggan sekolah, khususnya ibubapa pelajar sekolah untuk lebih mengenali organisasi Sekolah ini. Adalah diharapkan juga agar guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah ini khasnya, akan dapat memanfaatkan bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog ini.

Syabas kepada En Mohd Kahirul Aswadi dan En. Ahmad Suhaimi ( Mantan Guru Besar SK Bukit Petiti ) yang telah mengasaskan blog ini. Juga kepada warga sekolah yang telah menjadikan blog ini sebagai satu cara penyampaian maklumat kepada pihak berkepentingan seperti Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan ibubapa.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah atas usaha mengadakan blog ini.
Teruskan usaha.Terima kasih.


Encik Zulkifli Bin Jusof
Guru Besar
SK Bukit Petiti, Kuala Terengganu.