SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






21 Januari 2014

Perjumpaan Bersama Ibubapa Murid Tahun 6 2014


SK Bukit Petiti telah mengadakan Perjumpaan Bersama Ibubapa Murid Tahun 6 2014 pada 21 Januari 2014. Objektif utama ialah bagi membentangkan Aktiviti -Aktiviti UPSR bagi tahun  2014. Antara agenda majlis ialah :-

  • Ucapan Guru Besar
  • Pembentangan Perancangan UPSR
  • Dialog UPSR
  • Sasaran Laporan 2013 dan Sasaran 2014
  • Penetapan Target Pencapaian Murid oleh Ibubapa
  • Akur Janji Murid UPSR
  • Jamuan Ringan




























05 Januari 2014

Taklimat Pegawas Sekolah Kali 1/2014

5 Januari 2014 - SK Bukit Petiti melalui Unit Pengurusan HEM dan Jawatankuasa Disiplin Sekolah telah mengadakan Taklimat dan Ucaptama Guru Besar dan GPK Hem kepada semua pengawas sekolah bagi sesi 2014.

Antara ucapan Tn Guru Besar, beliau mengingatkan kepada semua yang dilantik  bahawa mereka adalah kumpulan terpilih yang dikenalpasti mampu memikulkan tanggung jawab sebagai Pengawas Sekolah.
Pemakaian uniform pengawas bukan sahaja memberi GAH kepada murid tetapi sepatutnya menimbulkan keyakinan diri serta penonjolan keupayaan dari pelbagai bidang termasuklah bidang akademik. 

Guru Penyelaras Pengawas Sekolah En Rofiee Awang, menggingatkan bahawa pegawas mesti dapat menjalankan tanggung jawab yang telah diamanahkan termasuk dalam mengendalikan majlis sekolah.

GPK HEM menyampaikan Ingatan kepada Pengawas Baru
Guru Besar menyampaikan Ucapan dan Ingatan
agar Pengawai menjadi Model kepada Rakan Sebaya
Barisan Pengawas Sesi 2014

01 Januari 2014

Hari Pertama Persekolahan dan Guru Penyayang 2014

1 Januari 2014 - SKBP telah melaksanakan Program Guru penyayang kali Pertama bagi tahun 2014. Bagi melaksanakan program ini, Tn Guru Besar dan GPK Hem serta guru guru bertugas menyambut kedatangan murid bermula awal 6.45 pagi. Sambutan yang dibuat ini adalah untuk mengalu-alukan kedatangan murid sebagai satu aset yang penting bagi negara.