SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






30 Januari 2010

Sejarah Sekolah

Slide 4

SK Bukit Petiti di bina atas kesedaran dan keinginan orang-orang kampung supaya anak-anak mereka mendapat didikan pelajaran yang sama sebagaimana anak-anak di kampung lain. Justeru itu, dua orang tokoh yang disegani iaitu Tuan Haji Wan Muda B. Jusoh selaku Ketua Kampung dan Khatib Yusof B. Ibrahim yang ketika itu menjadi Imam Masjid Kg Bukit Petiti telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan sekolah.
Dengan sokongan orang-orang kampung, maka terbinalah sebuah bangsal yang berukuran 20 kaki X 30 kaki pada 8 Januari 1950, yang beratapkan nipah dan tidak berdinding. Segala peralatan sekolah didermakan oleh orang kampung. Kesungguhan orang-orang kampung pada ketika itu akhirnya mendapat perhatian Pejabat Pelajaran Terengganu dan peruntukkan telah di salurkan untuk membina sebuah bangunan baru yang berukuran 90 kaki X 22 kaki.
Maka, pada 7 Ogos 1956 bangunan sekolah yang baru itu telah di buka secara rasminya dimana perasmiannya telah di sempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Perwira Negara Tuan Haji Ali Bin Long dan diiringi oleh Allahyarham Encik Muhamad Bin Ismail iaitu Guru Kumpulan Sekolah-sekolah Melayu Terengganu.
Pada awal pembukaannya, SK Bukit Petiti hanya mempunyai 57 orang murid iaitu 50 orang lelaki dan 7 orang perempuan manakala hanya seorang guru sahaja yang berkhidmat secara khususnya.
Pada peringkat awal, kejayaan muridnya tidak begitu menyerlah, namum atas kesedaran ibu bapa yang mahu melihat anak mereka mendapat pelajaran bertambah dari setahun ke setahun. Darri kesedaran itu jugalah, mereka mula menitikberatkan dan menanam minat di hati anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Lantaran itu, sejak dari tahun 1988, kejayaan di kalangan murid-muridnya mula menonjol. Ini jelas dapat kita lihat dengan munculnya beberapa nama pelajar cemerlang yang telah mengharumkan nama sekolah dan sejjarah tercipta dalam keputusan UPSR 2007 apabila buat julung kalinya, jumlah murid yang mendapat 5A melebihi 3 orang iaitu seramai 6 orang.









10 Januari 2010

Makluman

SEMUA GURU: 

- Sila lengkapkan Data Sistem SPPBS bagi kemasukan markah Pencapaian Murid sebelum 5 NOV 2012 bagi tujuan pengagihan SLIP Pencapaian Murid Tahun 1 dan 2. 

- Masuk data markah SAPS sebelum 20 November 2012 bagi tujuan Pengesahan oleh Guru Besar. 

- Semua Staf dan Guru perlu melengkapkan data bagi Sistem e-SPLG khususnya bagi modul E-profile dan maklumat kursus 2013. 


IBUBAPA : 


Program 1 MURID 1 SUKAN adalah wajib pada setiap ISNIN (5.00 - 6.00pm)

Yang Diraikan......

SK Bukit Petiti dan PIBG mengiktirafkan Individu yang berjasa kepada sekolah melalui Penganugerahan Gambar Depan Individu tersebut di kulit depan majalah sekolah.

Pengiktirafaan terbuka kepada semua termasuk guru, ibubapa, PIBG dan orang perseorangan yang menyumbang jasa dan baktinya ke sekolah. Berikut adalah penerima anugerah tersebut:-


Tn Hj Othman Bin Zit : GPK HEM
yang bersara pilihan pada 1.12.2012