SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






28 Januari 2013

KURSUS VLE SESI 1 PERINGKAT SEKOLAH

27 JAN 2013 - Kursus VLE Sesi 1 telah diadakan di makmal sekolah kepada kesemua guru termasuk guru praktikal daripada IPG.  Kursus akan menjurus kepada beberapa aspek penting di dalam pembinaan laman VLE FROG ini iaitu:-
  • 1. pengenalan asas kepada dashboard peribadi dan sekolah.
  • 2. pengenalan kepada layout dan cara mengubahsuainya.
  • 3. pengenalan kepada widgets.
  • 4. pengenalan kepada resource manager 

Kursus ini telah disampaikan oleh Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Bin Said dan En Roslan

Tn Guru Besar menyampaikan Latihan Pengenalan VLE

Ustaz Roslan - Menyampaikan Sesi Editing tapak VLE

Penekanan DROPBOX dan VLE oleh Tn Guru besar

Peserta Kursus : Semua Guru

Peserta Kursus : Semua Guru termasuk Guru Praktikum








27 Januari 2013

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERPRAKTIKUM




24 Januari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL




SALAM MAULIDUR RASUL kepada semua umat Islam seluruh dunia. MAULIDUR RASUL atau Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, Nabi junjungan dan kebanggaan kita sebagai umat Islam.

Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W telah merubah zaman kegelapan kepada zaman cahaya bagi Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi setelah itu. Kini kita hidup berlandaskan kepada ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu ajaran yang hakiki.

Ketahuilah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W amat mengasihi dan menyayangi umatnya sehinggakan beliau menangis melihat keadaan umatnya di akhirat nanti. Terlalu banyak JASA dan Pengorbanan baginda pada kita. Sayangkanlah Rasulullah....


KEPADA SEMUA MURID SK BUKIT PETITI, 
JADIKAN RASULULLAH SEBAGAI IDOLA KITA.
JANGAN KITA JADIKAN YANG LAIN SEBAGAI IDOLA KEHIDUPAN KITA
                      SALAM DAN SELAWAT KEATASNYA NABI MUHAMMAD S.A.W.

SALAM MAULIDUR RASUL




Peristiwa Nabi Menolong Wanita Tua Yang Kafir



Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang berjalan di kota Mekah, baginda telah melihat seorang wanita tua menunggu seseorang untuk membantunya membawakan barang. Tatkala Rasulullah lalu di depannya,wanita tua itu memanggil, "Ya Akhal Arab! Tolong bawakan barang ini. Kamu akan ku bayar nanti!" Rasulullah s.a.w sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana baginda memang berniat menolongnya.


Rasulullah pun mengangkat barang-barang itu dan berkata, "Aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran." Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah. Biasanya,walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang dengan senang hati akan menerimanya. Dia memandang wajah Muhammad yang bersih dan teduh.Wanita tua itu yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang berbudi luhur dan jujur. 

Di tengah perjalanan, wanita itu memberitahu. "Khabarnya di kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya!" Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongya, yang kini ada bersamanya, adalah Muhammad. Setelah menghina Nabi Muhammad s.a.w, beliau pun bertanya, siapakah nama pemuda tersebut, Lantas Nabi pun memperkenalkan dirinya, "Aku ini Muhammad..." Nenek tua itu terperanjat. 

Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya.Nabi Muhammad s.a.w tidak sedikit pun marah walaupun dihina. Maka pada saat itu juga wanita tersebut terus mengucapkan syahadah. Ucapnya, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang luhur!"