SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






30 Januari 2010

Sejarah Sekolah

Slide 4

SK Bukit Petiti di bina atas kesedaran dan keinginan orang-orang kampung supaya anak-anak mereka mendapat didikan pelajaran yang sama sebagaimana anak-anak di kampung lain. Justeru itu, dua orang tokoh yang disegani iaitu Tuan Haji Wan Muda B. Jusoh selaku Ketua Kampung dan Khatib Yusof B. Ibrahim yang ketika itu menjadi Imam Masjid Kg Bukit Petiti telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah bangunan sekolah.
Dengan sokongan orang-orang kampung, maka terbinalah sebuah bangsal yang berukuran 20 kaki X 30 kaki pada 8 Januari 1950, yang beratapkan nipah dan tidak berdinding. Segala peralatan sekolah didermakan oleh orang kampung. Kesungguhan orang-orang kampung pada ketika itu akhirnya mendapat perhatian Pejabat Pelajaran Terengganu dan peruntukkan telah di salurkan untuk membina sebuah bangunan baru yang berukuran 90 kaki X 22 kaki.
Maka, pada 7 Ogos 1956 bangunan sekolah yang baru itu telah di buka secara rasminya dimana perasmiannya telah di sempurnakan oleh Allahyarham Dato’ Perwira Negara Tuan Haji Ali Bin Long dan diiringi oleh Allahyarham Encik Muhamad Bin Ismail iaitu Guru Kumpulan Sekolah-sekolah Melayu Terengganu.
Pada awal pembukaannya, SK Bukit Petiti hanya mempunyai 57 orang murid iaitu 50 orang lelaki dan 7 orang perempuan manakala hanya seorang guru sahaja yang berkhidmat secara khususnya.
Pada peringkat awal, kejayaan muridnya tidak begitu menyerlah, namum atas kesedaran ibu bapa yang mahu melihat anak mereka mendapat pelajaran bertambah dari setahun ke setahun. Darri kesedaran itu jugalah, mereka mula menitikberatkan dan menanam minat di hati anak-anak mereka supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Lantaran itu, sejak dari tahun 1988, kejayaan di kalangan murid-muridnya mula menonjol. Ini jelas dapat kita lihat dengan munculnya beberapa nama pelajar cemerlang yang telah mengharumkan nama sekolah dan sejjarah tercipta dalam keputusan UPSR 2007 apabila buat julung kalinya, jumlah murid yang mendapat 5A melebihi 3 orang iaitu seramai 6 orang.









10 Januari 2010

Makluman

SEMUA GURU: 

- Sila lengkapkan Data Sistem SPPBS bagi kemasukan markah Pencapaian Murid sebelum 5 NOV 2012 bagi tujuan pengagihan SLIP Pencapaian Murid Tahun 1 dan 2. 

- Masuk data markah SAPS sebelum 20 November 2012 bagi tujuan Pengesahan oleh Guru Besar. 

- Semua Staf dan Guru perlu melengkapkan data bagi Sistem e-SPLG khususnya bagi modul E-profile dan maklumat kursus 2013. 


IBUBAPA : 


Program 1 MURID 1 SUKAN adalah wajib pada setiap ISNIN (5.00 - 6.00pm)

Yang Diraikan......

SK Bukit Petiti dan PIBG mengiktirafkan Individu yang berjasa kepada sekolah melalui Penganugerahan Gambar Depan Individu tersebut di kulit depan majalah sekolah.

Pengiktirafaan terbuka kepada semua termasuk guru, ibubapa, PIBG dan orang perseorangan yang menyumbang jasa dan baktinya ke sekolah. Berikut adalah penerima anugerah tersebut:-


Tn Hj Othman Bin Zit : GPK HEM
yang bersara pilihan pada 1.12.2012

07 Januari 2010

Versi Blog SK Bukit Petiti............


Sepanjang penubuhan SK Bukit Petiti, beberapa blog sekolah telah dibangunkan. Hasil dari kepakaran guru guru dalam bidang ICT, maka blog sekolah telah dinaik-taraf seiring dengan keperluaan  semasa.

Blog berfungsi sebagai medium penyamapaian maklumat kepada pelanggan dan pihak berkepentingan. Pelanggan disini adalah merujuk kepada murid-murid, ibubapa dan juga guru manakala pihak berkepentingan pula adalah PPD Kuala Terengganu, JPN Terengganu, Nazir Persekutuaan dan Agensi KPM.

Tujuan utama catatan ini adalah sebagai simpanan sejarah tentang blog-blog sekolah yang pernah dibina. Berikut adalah interface blog sekolah yang pernah dibina :-

Dibina 2010 : http://www.skbpetiti.webs.com/

Dibina 2011 : www.skbukitpetiti.co.cc   (versi 1)
Pengasas Asal : En Khariul Aswadi


Dibina 2011 : www.skbukitpetiti.co.cc   (versi2)






06 Januari 2010

SENARAI STAF 2020



SENARAI STAF 2020

GURU
NAMA
JAWATAN
GRED



ZALIPAH BINTI AWANG
GPK1
DG44



FAUZI ABD. RAHMAN
GPK KK
DG42
MARIAM BINTI MOHD ZAMAL
GP BM / KP SN
DG42
ROFIEE BIN AWANG
GURU BM /PY UPSR
DG44
MOHD NAWAWI BIN ALI
GURU PI
DG44






GURU SN / MEDIA
DGA32
FATMA NADIANI BT ANANG
GURU PI / SPBT
DGA32
NURUL NADIA BINTI WAHIB
GURU BI / NILAM
DG41
ASLINDDA BINTI ABDUL ADAM
GURU PEMULIHAN
DGA41
ZANAWATI BINTI ZAKARIA
GURU MZ/SENI
DGA32

DGA32
FAUZIAH BINTI AWANG
GURU BI




                                             
                                                            STAF











SISTEM ALUMNI SK BUKIT PETITI




04 Januari 2010

SARANA PIBG 2017


MAKLUMAT PIBG SK BUKIT PETITI

LIHAT AKTIVITI PIBG
MODUL SARANA SEKOLAH | MODUL SARANA IBUBAPA






02 Januari 2010

Kemudahaan Download



01 Januari 2010

Ucapan Aluan Guru Besar





Asalamualaikum,


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudiaan para pelawat mengunjungi blog SK Bukit Petiti. Kepentingan ICT semakin berkembang secara drastik di seluruh dunia. Sebagai seorang pendidik atau pun ibubapa, kita tidak dapat lari dari keperluaan penggunaan ICT. Ini sememangnya memerlukan pengetahuaan ICT. SK Bukit Petiti juga perlu seiring dengan perkembangan ICT bagi menjadi acuan pemangkin pengamalan dan pembudayaan ICT sebagai satu alatan berkesan dalam tugasan seharian dan PDP guru.

Adalah menjadi harapan saya wujudnya blog ini, akan dapat memberi peluang kepada pelanggan sekolah, khususnya ibubapa pelajar sekolah untuk lebih mengenali organisasi Sekolah ini. Adalah diharapkan juga agar guru-guru sekolah dan pelajar-pelajar sekolah ini khasnya, akan dapat memanfaatkan bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang terdapat dalam blog ini.

Syabas kepada En Mohd Kahirul Aswadi dan En. Ahmad Suhaimi ( Mantan Guru Besar SK Bukit Petiti ) yang telah mengasaskan blog ini. Juga kepada warga sekolah yang telah menjadikan blog ini sebagai satu cara penyampaian maklumat kepada pihak berkepentingan seperti Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan ibubapa.

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan tahniah atas usaha mengadakan blog ini.
Teruskan usaha.Terima kasih.


Encik Zulkifli Bin Jusof
Guru Besar
SK Bukit Petiti, Kuala Terengganu.