SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






31 Disember 2012

Jadual Gaji 2017


29 Disember 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN TAKLIMAT PBS DAN LINUS KEPADA IBUBAPA

Taklimat PBS dan LINUS kepada Ibubapa murid tahun 1


Ujian Pra LINUS Murid Tahun 1


27 Disember 2012 - SK Bukit Petiti telah mengadakan hari pendaftaran persekolahan bagi sesi 2013. Perjumpaan dan Taklimat bagi Ibubapa tahun 1 telah diadakan bagi menerangkan program LINUS serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Taklimat telah disampaiakan oleh Tn Guru Besar En Ahmad Suhaimi Bin Said. Turut diadakan ialah ujian pra LINUS kepada semua murid tahun 1 sesi 2013.

Ujian ini bertujuan melihat penguasaan murid tahun 1 dalam literasi dan numerasi agar memudahkan pihak guru merancang pengajaran yang menepati tengan kemampuan murid. Guru Penolong Kanan HEM En, Nor Shafizan Bin Husain turut memberi taklimat tentang program HEM kepada Ibubapa .

18 Disember 2012

KEM PEMANTAPAN PENGGUNAAN EBOOK BAGI TAHUN 4-6




SK Bukit Petiti telah mengadakan Kem Pemantapan Penggunaan E-Book kepada semua murid tahun 4-6. Kem yang bermula pada 17-18 Disember 2012 di Makmal Komputer. Objektif utama ke ini adalah memberi pendedahan penggunaan Ebook dengan berkesan bagi menjurus kearah pembelajaran 1:1 elearning. Kem ini telah dikendalikan oleh Pn Norazlina (Pegawai EIO)


17 Disember 2012

Selamat Datang .....


EN.CHE GHANI B. YUSOF - GPK KO Kurikulum

EN NOR SHAFIZAN BIN HUSAIN - GPK HEM


Selamat Datang kepada 2 orang Pentadbir baru bagi SK Bukit Petiti. En Che Ghani Bin  Yusof  - GPK Ko Kurikulum yang bertukar dari SK Pulau Manis bermula 1 November 2012 akan menggantikan  En Nazaruddin Abu Bakar yang bertukar ke SK Undang.


En Nor Shafizan Bin Husain - GPK HEM pula yang bertukar dari SK Telaga Papan bermula 16 Disember 2012 akan menggantikan Tn Hj Othman Bin Zit yang bersara pilihan bermula 1 Disember 2012. 

Semoga kedatangan 2 orang GPK baru akan memantapkan lagi pengurusan SKBP dan seterusnya memancu kearah kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.



16 Disember 2012

Kelas E-BOOK

 
 
JADUAL KELAS PROGRAM CUTI TERANCANG
AKHIR TAHUN 2012
UNTUK TAHUN 4,5 DAN 6 TAHUN 2013

UNTUK KELAS KOMPUTER / E-BOOK

TARIKH : 17 DAN 18 DISEMBER 2012
MASA  : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
 
- Kelas EMAIL
- Kelas MICROSOFT OFFICE
 
Diharap Semua Pelajar yang terlibat Dapat Hadir untuk Menyertai Kelas Ini Dan Membawa E-Book Masing-Masing.
 
*** Kelas Tambahan Pada Waktu Pagi Berjalan Seperti Biasa
 
 
 
 

03 Disember 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN PERTUKARAN GURU

En Ahmad Suhaimi - Guru Besar SKBP menyampaikan Ucapan Aluan


En Aslai - Mantan Guru Besar SKBP menyampaikan ucapan sempena pertukaran
beliau ke SK Datar Batu Rakit

Yang diraikan - En Aswadi, Tn Hj Othman, En Nazarudin
YDP PIBG- En Abdillah  menyampaikan hadiah pertukaran kepada
Mantan Guru Besar En Aslai

En Nazaruddin - GPK HEM yang bertukar ke SK Undang
Peyampaian Hadiah oleh GPK 1 - En Zainuddin kepada En Nazaruddin

Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said menyampaikan Hadiah kepada
En Aswadi yang bertukar ke PPD Kuala Terengganu.

1 DISEMBER 2012 - SK Bukit Petiti telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi meraikan pertukaran guru-guru, guru besar  serta persaraan Tn Othman bin Zit- GPK HEM. Majlis telah diadakan di Batu Burok Beach Resort. Selamat Maju jaya kepada En Aswadi yang bertukar ke PPD Kuala Terengganu dan En Nazaruddin - GPK Ko Kurikulum yang bertukar ke SK Undang.

Majlis juga turut meraikan persaraan Tn Hj Othman - GPK HEM yang telah memilih untuk bersara pilihan berkuat kuasa 1 Disember 2012 serta Tn Hj Aslai - mantan Guru Besar SK Bukit Petiti yang bertukar ke SK Darat Batu Rakit. Warga SKBP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang diraikan.