SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






25 Disember 2010

Tahniah, SK Bukit Petiti


Sekalung penghargaan di ucapkan kepada semua calon UPSR 2010 yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri. Dengan peningkatan ketara peratus minimum C dari tahun 2009 sebanyak 64% ke 85.19% pada tahun 2010, SK Bukit Petiti telah di pilih untuk mendapat Anugerah Kecemerlangan UPSR 2010 bagi kategori Lonjakan Saujana Daerah Kuala Terengganu Utara. Pihak sekolah di anugerahkan dengan sumbangan cek bernilai RM5000. Semoga sumbangan ini akan merangsang para guru dan calon UPSR 2011 untuk berusaha lebih gigih bagi mendapat hasil yang lebih cemerlang pada 2011. Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua warga SK Bukit Petiti........

25 Ogos 2010

Penyampaian Saguhati Kepada Murid 5A dan Min C Percubaan UPSR

22 Ogos 2010

Keputusan Percubaan UPSR

26 Julai 2010

Kem Motivasi Sinar UPSR 2010

Suasana semasa sesi muhasabah diri di malam akhir kem.
Sesi pembentangan hasil kumpulan
Semangat berkumpulan yang di tonjolkan.
Senaman pagi.
Pada 22 dan 23 Julai 2010, pihak sekolah telah mengadakan program motivasi khusus untuk calon UPSR 2010. Ianya di kendalikan oleh kumpulan motivator yang di ketuai oleh En. Wahab B. Salleh, Ketua Unit Rendah JPNT.Dipaparkan antara aktiviti dan program yang di lalui oleh peserta pada kem tersebut. Semoga ianya memberi kesedaran berpanjangan buat calon UPSR sebagai persediaan menghadapi UPSR nanti.

19 Julai 2010

Keputusan Pra Percubaan

19 Jun 2010

Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Bagi Calon UPSR

05 Mei 2010

Tahniah Warga SK Bukit Petiti

Tahniah di ucapkan kepada semua warga SK Bukit Petiti dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan SK Bukit Petiti Kali ke-24. Walaupun pada asalnya, kejohanan di jadualkan pada 27 April 2010, namum kerana cuaca tidak mengizinkan, ianya terpaksa di tunda kepada 4 Mei 2010. Namum begitu, ianya sedikit pun tidak melunturkan semangat warga SK Bukit Petiti untuk menjadikan ianya kejohanan sukan paling meriah sepanjang zaman. Persiapan rapi yang di lakukan sebulan sebelum itu nyata menampakkan hasil dengan pelbagai kemeriahan di rasai. Sambutan ibu bapa juga amat menggalakkan dengan penglibatan bersama JKKK Bukit Petiti, Bukit Petiti Dalam dan Kuala Belara.

Kejohanan ini di rasmikan oleh YDP PIBG, En. Abdillah B Ismail, manakala ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abd. Rahin B. Dato' Haji Mohd Said telah sudi merasmikan majlis penutupnya dengan melepaskan acara terakhir, iaitu tarik tali yang di sertai oleh masyarakat setempat bersama guru SK Bukit Petiti.

 Sebanyak 22 acara di pertandingkan dengan melibatkan penyertaan semua murid SK Bukit Petiti. Jutaan terima kasih juga di ucapka kepada semua pihak yang sudi menaja hadiah dan sumbangan untuk para pemenang. Kemeriahan tersebut dapat di saksikan pada foto yang di lampirkan. Semoga bertemu lagi pada kejohanan kali ke-25 dan akan lebih meriah.





                               

24 April 2010

Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Calon UPSR 2010

Majlis ini di adakan bertujuan untuk berbincang secara dekat dengan ibu bapa calon UPSR tentang potensi dan tahap pembelajaran mereka di mana pihak sekolah dan ibu bapa sama-sama ambil peranan untuk memastikan calon tersebut berjaya dalam UPSR nanti. Ianya di adakan sebanyak 4 siri dengan tahap murid yang berbeza.

14 April 2010

Sekitar Latihan Dan Pemilihan Perserta Untuk Kejohanan Sukan



06 April 2010

Sekitar Persediaan Hari Sukan 2010

Persiapan menjelang Hari Sukan SK Bukit Petiti Kali ke-24/2010.