SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






16 November 2011

Hari Kecemerlangan 2011

15 November 2011, jam 11.00 pagi, SK Bukit Petiti mengadakan Majlis tersebut untuk memberi pernghargaan kepada murid cemerlang sepanjang sesi persekolah tahun 2011. Majlis tersebut di rasmikan oleh YB Dato' Abd. Rahin B Datuk Haji Mohd Said, ADUN Telok Pasu. Sebelum majlis tersebut, di adakan majlis menandatangi buku pelaporan murid untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2011.
     Selesai majlis kecemerlangan, pihak sekolah juga telah menyampaikan wang bantuan pelajar sekolah kepada semua ibu bapa murid. 
(foto akan di upload)

31 Oktober 2011

Borang Aduan Online

03 Oktober 2011

Perkhemahan Unit Uniform Dan Basikalton Sambutan Hari Malaysia 2011

Pada 29 September hingga 1 Oktober 2011, SK Bukit Petiti telah menganjurkan Perkhemahan Unit Uniform dan Basikalton Sambutan Hari Malaysia. Ianya melibatkan peserta seramai 74 orang murid tahap 2 yang terdiri daripada dua unit uniform iaitu Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Peserta mula mendaftar pada jam 2.30pm dan mendirikan khemah mengikut kumpulan yang di agihkan. Pada pagi jumaat, pukul 8.30am, peserta menyertai Basikalton Sambutan Hari Malaysia. Hanya 58 peserta sahaja yang menyertai basikalton kerana ada para peserta yang tidak mempunyai basikal, serta di tugaskan memasak untuk makan tengahari. Perjalanan sejauh 23km bermula di padang sekolah melalui SK Kebor Besar ke Manir. Dari Manir, melalui SK Kebor Ayer dan keluar melalui SK Banggol Peradong dan tamat di sekolah. Pelbagai pengalaman menarik dapat di rasai oleh para peserta sepanjang basikalton tersebut.
     Untuk perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik di laksanakan sesuai dengan fokus utama kegiatan kokorikulum unit unifrom. Antaranya pertandingan mencari harta karun, pertandingan kawad kaki serta pertandingan malam kebudayaan. Kesemua 10 kumpulan yang menyertai perkhemahan tersebut menyertai setiap aktiviti yang di pertandingkan.Majlis penutup di rasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG, En. Abdillah B Ismail pada jam 11.00am hari Sabtu. Semua peserta amat seronok menyertai perkhemahan tersebut dan pelbagai pengalaman menarik dapat di rasai sepanjang menyertai perkhemahan tersebut.



(foto perkhemahan akan di update....) 

07 September 2011

Sambutan Aidilfitri 1432H Peringkat Sekolah

7 September 2011, SK Bukit Petiti mengadakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Program sambutan tersebut bermula 7.45 pagi dengan taklimat ringkas oleh PK Ko. Pada jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi murid tahap satu terlibat dalam pertandingan mewarna poster 'Riang-Ria Aidilfitri', manakala murid tahap dua terlibat dalam pertandingan mencipta kad hari raya dan tulisan khat. Majlis berhenti rehat pada jam 9.30 pagi dengan menjamu juadaha hari raya yang di bawa oleh murid. Pada jam 10.15 pagi, acara pentas di mulakan dengan persembahan hari raya oleh murid dan guru. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan jamuan hari raya guru dan murid dengan menu pilihan, sate dan nasi himpit.





08 Ogos 2011

Kem Motivasi Sinar UPSR 2011

Pada 28 dan 29 Julai lalu, SK Bukit Petiti telah menganjurkan Kem Motivasi Sinar UPSR khusus untuk calon UPSR 2011. Ia nya untuk memberi kesedaran kepada calon UPSR dan ibu bapa tentang pentingnya sikap positif keyakinan diri dalam menempuh UPSR nanti. Pihak sekolah telah menjemput kumpulan fasilitator yang di ketuai oleh En. Wahab B Salleh, Pegawai Unit Rendah JPNT untuk tujuan tersebut. Di harap apa yang di lalui oleh murid sepanjang 2 hari mengikuti kem tersebut, sedikit sebanyak dapat mengubah sikap dan tabiat mereka untuk lebih bersedia menghadapi UPSR nanti dan menghasilkan kejayaan yang gemilang buat diri mereka dan sekolah amnya.



Sekolah Ahli PKG Manir

Berikut adalah senarai sekolah ahli di bawah PKG Manir.

1. SK Banggol Peradong
2. SK Beladau Kolam
3. SK Bukit Petiti
4. SK Bukit Tumbuh
5. SK Bukit Tunggal
6. SK Durian Mas
7. SK Kampong Tengah
8. SK Kebor Air
9. SK Kebor Besar
10. SK Kesom
11. SK Manir
12. SK Pulau Bahagia
13. SK Pulau Manis
14. SK Telok Pasu
15. SK Teluk Menara
16. SMK Bukit Guntung
17. SMK Bukit Tunggal
18. SMK Belara
19. SMK Manir



02 Ogos 2011

Keputusan Ujian Percubaan UPSR 2011

Keputusan percubaan UPSR ini menunjukkan peningkatan berbanding ujian pra percubaan baru-baru ini. Pada ujian pra percubaan, hanya seorang calon sahaja mendapat 5A dan minimum C 53.5%, namum terdapat peningkatan pada kedua-dua aspek tersebut di mana 4 orang berjaya mendapat 5A dan min C sebanyak 60.71%. Di harap keputusan sebenar UPSR nanti akan lebih memberangsangkan dan paling tidak mencapai sasaran yang di sasarkan tahun ini. InsyaAllah.......
Klik keputusan untuk paparan lebih jelas.

28 Julai 2011

Program Motivasi Khas Calon UPSR

Program motivasi khas untuk calon UPSR 2011 telah di adakan pada 28 Julai 2011, jam 8.30 pagi sempena dengan Kem Motivasi Sinar UPSR yang akan di adakan pada 28 dan 29 Jualai ini. Program tersebut di kendalikan oleh Tuan Guru Besar sendiri sebagai motivator, iaitu Tuan Haji Aslai B. Abd. Rahman.

Keputusan Ujian Pra Percubaan UPSR 2011

Klik pada keputusan untuk paparan lebih besar.

06 Julai 2011

Pertandingan Memasak Unit Beruniform 2011


PERTANDINGAN MEMASAK UNIT BERUNIFORM 2011
SEK KEB BUKIT PETITI
28 JUN 2011

02 Julai 2011

Larian 1M1S1M

Sempena menyahut seruan larian 1M1S1M, SK Bukit Petiti juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam program tersebut. Ianya melibatkan semua warga SK Bukit Petiti serta PIBG. Larian serentak yang di adakan di seluruh Malaysia yang di lepaskan serentak tepat jam 7.45 pagi.










16 Jun 2011

Keputusan Peperiksaan Pertenghan Tahun 2012

Untuk lebih jelas, sila klik pada keputusan tersebut.








26 Mei 2011

Program Pengungsian Dan Penggunaan Alat Pemadam Api

Pada 19 Mei 2011, pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri terenggau telah mengadakan program pengungsian dan penggunaan alat pemadam api. Dengan di bantu oleh 4 anggota bomba, program tersebut adalah untuk mendedahkan pelajar dan guru tentang bahaya kebakaran dan cara-cara yang betul untuk memulakan langkah bantu mula ketika menghadapi kebakaran. Latihan tentang cara mengawal kabakaran dan menyelamatkan diri semasa kecemasan juga di lakukan.Latihan sebegini juga adalah julung kali di adakan di sekolah ini, dan akan di teruskan pada setiap tahun.





11 April 2011

Pemberian Insentif OTI1

Untuk memberi motivasi dan semangat kepada calon UPSR, pihak sekolah memberikan insentif berupa wang tunai kepada calon yang berjaya mendapat A dalam mana-mana mata pelajaran dalam Ujian OTI 1 baru-baru ini. Setiap A yang mereka dapat di berikan RM 2 sebagai motivasi untuk terus berusaha mencapai lebih banyak A. Calon yang mendapat 5A di beri bonus tambahan sebanyak RM 5 lagi.



Tuan Guru Besar menyampaikan insentif kepada calon UPSR 2011

24 Mac 2011

Keputusan Ujian OTI 1/2011

Keputusan Ujian OTI 1/2011 yang di adakan pada 8 hingga 10 Mac 2011. Murid Tahun 1 tidak mengikuti ujian ini kerana mengikuti Ujian LINUS. Sila klik pada keputusan untuk paparan lebih jelas.
Tahun 6

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4


28 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Pada 24 februari 2011, Khamis, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pada sambutan kali ini, program perarakan tidak di laksanakan memandangkan cuaca yang panas. Namun begitu, untuk menyerikan lagi program sambutan ini, pelbagai aktiviti yang melibatkan murid di adakan. Di antaranya pertandingan hafazan, tilawah, bercerita dan nasyid. Program di akhiri tepat jam 12.30 tengahari dengan murid-murid di hidangkan nasi minyak.





Ustaz Roslan membacakan doa pembukaan.




Murid menonton acara di dewan.

Salah seorang peserta tilawah.


Pertandingan nasyid antara kelas.

Wakil nasyid tahun 5.


Kumpulan nasyid tahun 6.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.


Murid-murid berselawat bersama guru.