SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






20 November 2013

MAJLIS MERAIKAN KEJAYAAN DAN JASA GURU UPSR 2013

20 November 2013 - Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.  PIBG dan Semua Ibubapa murid tahun 6 2013 telah mengadakan Majlis Meraikan Kejayaan dan Jasa Guru UPSR 2013 di Restoren Nasi Arab, Komplek Usahawan Kubang Jela pada 20.11.2013 : 9.00 malam.

Dalam majlis ini, semua guru khususnya guru UPSR serta staff SKBP telah dijemput hadir. Antara acara yang telah diadakan ialah :-

  • Bacaan doa Kesyukuran Pada Allah SWT
  • Ucapan Aluan YDP PIBG - En Abdillah B Ismail
  • Ucapan Tn Guru Besar : En Ahmad Suhaimi Said
  • Penyampaian hadiah semua Guru UPSR dan Tn Guru Besar
  • Penyampaian Sumbangan kepada bilik khas sekolah dan surau
  • Penyampaian hadiah kepada semua GPK dan Guru
  • Penyampaian Gambar Kejayaan UPSR 2013
  • Pemotongan Pulut Kuning Secara Bersama (PIBG, Sekolah dan Ibubapa)
  • Jamuan Makan Malam
Pada majlis ini, Tn Guru Besar menyatakan rasa gembira dan terharu atas usaha ibubapa tahun 6 sepenuhnya mengadakan Majlis meraikan guru tahun 6 khususnya. Majlis seumpama ini akan menjadi satu suntikan semangat kepada guru untuk lebih berusaha agar kecemerlangan pendidikan terus digarap demi kejayaan anak bangsa tercinta.

Penyampaian Gambar Kejayaan UPSR 2013
Pemotongan Pulut Kuning Simbolik (Kejayaan dan Usaha Bersama) 
Antara Jemputan : Ustaz Ghani(GPK KO), En Zainuddin(GPK1), En Adham
Hidangan Nasi ARAB
Penyampaian Hadiah Kepada Tn Guru Besar


Sebahagian Ibubapa Tahun 6 bersama Murid Tahun 6

Ucapan Tn Guru Besar : En Ahmad Suhaimi Said

Antara Ibubapa Tahun 6 yang meraikan guru guru / SKBP 



Pemilik Restoren Nasi Arab yang juga meraikan Guru Tahun 6 / SKBP

En Abdillah - YDP PIBG SKBP menyampaikan Ucapan Aluan

Antara Ibubapa yang meraikan guru 

Antara Ibubapa yang meraikan guru 

Jawatankuasa Penganjur dan Cenderamata

Antara Guru yang diraikan bersama AJK PIBG

Antara Guru yang diraikan bersama AJK PIBG




PROJEK KELAS MAYA SKBP

LAMAN INI ADALAH MERUPAKAN LAMAN RUJUKAN DAN
ONE STOP CENTER BAGI MEMAHIRKAN DIRI TENTANG
KEMAHIRAN ICT SERTA PDP KELAS MAYA.



PANDUAN VIDEO SMART BOARD

Mengenal Smartboard





Panduan Penggunaan



17 November 2013

PERJUMPAAN IBUBAPA CALON UPSR 2014

17 Nov 2013 - SK Bukit Petiti telah mengadakan Perjumpaan Ibubapa Calon UPSR 2014 Kumpulan Sederhana. Objektif utama adalah untuk membincangkan strategi peningkatan matapelajaran teras pelajar.

Sesi Perbincangan kali ini di sampaikan oleh Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said.  Antara yang disentuh adalah isu kedatangan pelajar 2013, pencapaian pelajar sepanjang 2013, strategi peningkatan akademik ibubapa dalam cuti dan isu penetapan target pelajar bagi 2014.





15 November 2013

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2013

14 Nov 2013 - Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2013 telah diadakan bermula pukul 10 pagi. Ianya dimulakan dengan Lafaz Kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan dan rezekiNya kepada kejayaan ini. Majlis dimulakan dengan Taklimat ringkas oleh Tn Guru Besar bersama guru guru UPSR di bilik Mesyuarat SKBP. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG En Abdillah Bin Ismail dan NYDP PIBG En Rashid.

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2013 telah dilaksanakan di Dewan terbuka SKBP bersama sama dengan ibubapa dan calon UPSR 2013. Dalam Majlis ini Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Bin Said telah menyampaikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pasukan UPSR SKBP serta guru guru yang membantu dalam menaikkan prestasi UPSR. Ucapan terima kasih juga kepada PIBG dan Ibubapa yang mana sangat menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh SKBP.

YDP PIBG dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dan menitiskan air mata diatas kejayaan sekolah ini. Kenaikan 100% pencapaian bagi 5A (8 orang) serta mencapai GPS 1.69 adalah merupakan rekod terbaik SKBP setakat ini. Alhamdulillah. YDP PIBG telah menyampaikan wang hadiah sebanyak RM100 bagi setiap murid yang mendapat 5A.




Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT - 
SK Bukit Petiti mencapai 5A seramai 8 orang (33.33%) dan GPS (1.69) di dalam UPSR 2013. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pasukan UPSR SKBP, GPK, Guru-Guru, Staf, YDP/NYDP/AJK PIBG, JPNT/PPD, Ibubapa/Penjaga, JKKK, dan Imam2 Masjid dan lain lain - atas usaha dan doa yang berterusan serta sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah. Terima Kasih.
































Terima Kasih : En Mohd Shafie - Pegawai Perhubungan SKBP




Terima Kasih En Mohd Shafie Bin Jusoh - Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah, PPD Kuala Terengganu yang merangkap sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah Sepanjang 2013.
Budi dan jasa tuan pada sekolah ini sentiasa dalam ingatan kami warga SKBP.

YDP PIBG menyampaikan Cover Majalah Sri Petiti Kpeda
En Shafie bin Jusoh

En Mohd Shafie menandatangani Buku Pelawat SKBP

Makluman dan Jadual Bertugas Dalam Cuti Akhir Penggal 2013.

Pohon makluman semua guru tentang Jadual Bertugas, Makluman Mesyuarat Akhir 2017 dan Jadual kelas masa cuti bagi tindakan semua guru.  Untuk makluman semua Jadual dan makluman ini telah diedarkan pada hari akhir sekolah.  Sila berhubung dengan GPK1 sekiranya ada sebarang kesulitan berhubung dengan tugasan diatas. - GPK Pentadbiran dan Kurikulum.

 [Sila klik image untuk dibesarkan]