Klik Untuk Besarkan Imej


SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.

Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod



Klik Gambar Untuk Besarkan


21 Oktober 2012

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR


Warga SK Bukit Petiti mengucapkan selamat datang kepada
Guru Besar yang baru iaitu Encik Ahmad Suhaimi Bin Said
yang menggantikan tempat Tuan Haji Aslai Bin Abd Rahman
yang bertukar ke SK Darat Batu Rakit.
Selamat bertugas di SK Bukit Petiti.

SELAMAT MAJU JAYA GB TUAN HAJI ASLAI


            Warga SK Bukit Petiti ingin mengucapkan
selamat maju jaya kepada
Guru Besar Tuan Haji Aslai Bin Abd Rahman
yang telah bertukar ke SK Darat Batu Rakit. Warga SK Bukit Petiti ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang beliau telah curahkan sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Semoga beliau terus cemerlang di sekolah yang baru.



KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA TAHUN 2012


SK Bukit Petiti telah berjaya mengadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga Tahun 2012 pada 4 Oktober 2012. Acara bermula pada jam 8 pagi dengan acara olahraga dan sukaneka.Antara acara olahraga yang dipertandingkan ialah lompat tinggi, lontar peluru, 4x100m, 100m, 200m dan banyak lagi. Semua peserta bersungguh-sungguh berlumba untuk memenangi pingat dan mengumpul mata bagi rumah masing-masing. Pada sesi petang, majlis dimulakan dengan perbarisan dan bacaan ikrar oleh murid-murid SK Bukit Petiti.

Majlis penutup kejohanan ini dirasmikan oleh Puan Aida Binti Azam, Ketua Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus. Ini diikuti oleh majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Pada tahun ini rumah Temenggong telah berjaya menjadi juara keseluruhan bagi sukan tahunan. Tahniah diucapkan bagi semua warga SK Bukit Petiti yang telah berusaha untuk menjayakan Kejohanan Sukan pada kali ini. Semoga pada tahun hadapan akan menyaksikan kejohanan yang lebih gemilang.
Acara sukaneka bagi tahap 1 iatu membawa bola dengan gelung rotan

Acara olahraga 200m lelaki
Wakil perbarisan rumah Panglima
Wakil perbarisan rumah Temenggong
Rumah Bendahara memenangi kategori Hiasan Khemah Terbaik
Tuan Haji Aslai memakaikan medal bagi pemenag acara olahraga
Puan Aida menyampaikan hadiah bagi acara sukaneka

01 Oktober 2012

Galeri Grafik Sekolah












BANNER HARI GURU SKBP 2013



BUNTING MOTIVASI GURU















FRONTPAGE SEKOLAH







COVER DOKUMEN SEKOLAH




BUNTING TAPAK PERHIMPUNAN




BUNTING PPPM 2013-2025