SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






23 Mei 2013

Jamuan Tamat Latihan JQAF Ustazah Norihan


Warga SKBP mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustazah Norihan.
Semoga ustazah dapat kembali bertugas di SK Bukit Petiti semula.

Pengerusi Majlis : En Rofiee.
Penyampaian Cenderamata Kelab Guru SKBP
oleh Tn Guru Besar kepada Ustazah Norihan

Jamuan Soto Yang Disediakan oleh Cikgu Zanawati
Ustazah Norihan Menyampaikan Ucapan Terakhir
Semoga Sentiasa dalam Ukwah antara kita semua

22 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013 : Pertandingan Boling





Sempena sambutan Hari Guru SKBP 2013, Kelab Guru telah mengadakan satu pertandingan Boling di KTBOWL pada 21 Mei 2013. Alhamdulillah pertandingan yang julung kali diadakan mendapat sambutan penyertaan yang tinggi. Peserta adalah dikalangan guru, ahli keluarga, guru kafa, staf sekolah, guru praktikal dan Ibubapa.

Terima kasih juga kepada En Anwar wakil Alumni SKBP yang telah menyumbang hadiah hadiah kepada kumpulan yang menang. Semoga Allah merapatkan UKWAH diantara kita sebagai sebuah keluarga SKBP dan memberi kecemerlangan kepada murid dan SKBP amnya.

Keputusan Pertandingan Boling. Tahniah kepada pemenang.


Cikgu Zamidah - Guru Praktikum turut menunjukkan skill tersendiri

Cg Zan dan En Farhan khusuk kepada perlawanan

Balingan Terbaik Cikgu Fauziah

Balingan oleh Cikgu Zanawati... Spin ke tu...

Cikgu Raja - antara satu skill balingan STRIKE

En Farhan... STRIKE and SPARE

Antara permain yang akan mewakili sekolah dan ZON

Antara Balingan Yang menyumbangkan Mata Pertandingan...

Balingan Terbaik .... Oleh Ustazah Norizan

Cg Raja ... coaching and mentoring...

Lagi Balingan Terbaik...

Ustazah KAFA...

GPK HEM SK Gong Badak ... Kesayangan GPK HEM SKBP.. STRIKE

En Anwar - Wakil Alumni : Penyumbang Hadiah Pertandingan
turut menunjukkan skillnya...

Wakil Murid......

Hai .. Adik nak nak baling juga...


Jemputan khas GB..

Cg Fauziah berbincang dengan Ustazah tentang balingan dia

Barisan Ustazah KAFA





18 Mei 2013

Cerita untuk guruku, muridku dan juga aku


Alkisah Cikgu Ibrahim…

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.



17 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 2013 Peringkat Sekolah



16 Mei 2013 - Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan dengan penuh meriah dan penuh aktiviti. Majlis telah dihadiri oleh YDP PIBG- En Abdillah Bin Ismail, Wakil PPD Kuala Terengganu  - En Shafie Bin Jusoh dan Wakil KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu - En Rufaifa Bin Abdullah (Pegawai Teknopen Unit Hal Ehwal PKG serta beberapa orang Ibubapa murid bagi memeriahkan bersama. Aktiviti utama sambutan ialah:-
  • Perhimpunan Sambutan Hari Guru
  • Nyanyian Lagu Negaraku | Lagu Negeri | Lagu Sekolah | Guru Malaysia
  • Ucapan Guru Besar
  • Pembacaan Ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
  • Gimik Pelancaran : 1Aspirasi 1Agenda (1Bunga 1Guru)
  • Pembacaan Ikrar Guru (diketuai oleh Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said)
  • Bacaan doa - Oleh Ustaz  Shariful 
  • Cabutan Hadiah Pertukaran
  • Acara Sukan
    • Semakin Jauh Semakin Sayang
    • Bolling  Buah Kelapa
    • Perlawanan Bola Sepak antara Murid dan Guru
    • Jaringan Bola Jaring
  • Acara Persembahan
    • Persembahan Setiap Kelas
    • Persembahan Guru
  • Jamuan Guru dan Murid
Adik Amanullah memakaikan Rozet pada Tn Guru Besar
Majlis di Pengerusikan oleh En Rofiee
Barisan Jemputan : Wakil BTPNT dan YDP PIBG
Peserta Gimik 1Asperasi 1Agenda
Gimik Pemberian 1Asperisai 1Agenda (1 Bunga bagi 1 Guru)

Ucapan Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said

Penyampaian Cenderamata kepada YDP PIBG En Abdillah

Penyampaian Cenderamata kepada Wakil BTPNT - En Rufaifa Abdullah

Penyertaan Pelbagai : Guru | Ibubapa | Staf Sokongan | Perkerja Swasta

Acara Semakin Jauh Semakin Sayang : Disertai juga oleh En Shafie Jusoh
Wakil PPD Kuala Terengganu

Penyampaian Cenderamata kepada En Shafie Jusoh - Pegawai Perhubungan Sekolah

Terima Kasih En Rufaifa atas kesudiaan memeriahkan  sambutan


Acara Terbalik : Semakin Dekat Semakin Basah

Jurukamera Rasmi | SU PIBG

Frontline Hero of PTE

En Abdillah menunjukkan skill dalam pembalingan kelapa
Giliran Kak Mah pulok... Mana Kak Mah..



Persembahan Tahun 1

Penyampaian Pantun Santai Hari Guru oleh Murid Tahun 5

Pn Zanawati - sedang mendendangkan lagu 'Oh Mama"

Ustaz Ghani - Buka gelanggang pertandingan teka teki

Ustaz Roslan menyampaikan lagu " Putih putih Melati"