SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






28 Januari 2013

KURSUS VLE SESI 1 PERINGKAT SEKOLAH

27 JAN 2013 - Kursus VLE Sesi 1 telah diadakan di makmal sekolah kepada kesemua guru termasuk guru praktikal daripada IPG.  Kursus akan menjurus kepada beberapa aspek penting di dalam pembinaan laman VLE FROG ini iaitu:-
  • 1. pengenalan asas kepada dashboard peribadi dan sekolah.
  • 2. pengenalan kepada layout dan cara mengubahsuainya.
  • 3. pengenalan kepada widgets.
  • 4. pengenalan kepada resource manager 

Kursus ini telah disampaikan oleh Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Bin Said dan En Roslan

Tn Guru Besar menyampaikan Latihan Pengenalan VLE

Ustaz Roslan - Menyampaikan Sesi Editing tapak VLE

Penekanan DROPBOX dan VLE oleh Tn Guru besar

Peserta Kursus : Semua Guru

Peserta Kursus : Semua Guru termasuk Guru Praktikum








27 Januari 2013

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERPRAKTIKUM




24 Januari 2013

SALAM MAULIDUR RASUL




SALAM MAULIDUR RASUL kepada semua umat Islam seluruh dunia. MAULIDUR RASUL atau Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, Nabi junjungan dan kebanggaan kita sebagai umat Islam.

Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W telah merubah zaman kegelapan kepada zaman cahaya bagi Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi setelah itu. Kini kita hidup berlandaskan kepada ajaran yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu ajaran yang hakiki.

Ketahuilah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W amat mengasihi dan menyayangi umatnya sehinggakan beliau menangis melihat keadaan umatnya di akhirat nanti. Terlalu banyak JASA dan Pengorbanan baginda pada kita. Sayangkanlah Rasulullah....


KEPADA SEMUA MURID SK BUKIT PETITI, 
JADIKAN RASULULLAH SEBAGAI IDOLA KITA.
JANGAN KITA JADIKAN YANG LAIN SEBAGAI IDOLA KEHIDUPAN KITA
                      SALAM DAN SELAWAT KEATASNYA NABI MUHAMMAD S.A.W.

SALAM MAULIDUR RASUL




Peristiwa Nabi Menolong Wanita Tua Yang Kafir



Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang berjalan di kota Mekah, baginda telah melihat seorang wanita tua menunggu seseorang untuk membantunya membawakan barang. Tatkala Rasulullah lalu di depannya,wanita tua itu memanggil, "Ya Akhal Arab! Tolong bawakan barang ini. Kamu akan ku bayar nanti!" Rasulullah s.a.w sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana baginda memang berniat menolongnya.


Rasulullah pun mengangkat barang-barang itu dan berkata, "Aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran." Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah. Biasanya,walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang dengan senang hati akan menerimanya. Dia memandang wajah Muhammad yang bersih dan teduh.Wanita tua itu yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang berbudi luhur dan jujur. 

Di tengah perjalanan, wanita itu memberitahu. "Khabarnya di kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya!" Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongya, yang kini ada bersamanya, adalah Muhammad. Setelah menghina Nabi Muhammad s.a.w, beliau pun bertanya, siapakah nama pemuda tersebut, Lantas Nabi pun memperkenalkan dirinya, "Aku ini Muhammad..." Nenek tua itu terperanjat. 

Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya.Nabi Muhammad s.a.w tidak sedikit pun marah walaupun dihina. Maka pada saat itu juga wanita tersebut terus mengucapkan syahadah. Ucapnya, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang luhur!"
 

22 Januari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

 

21 January 2013 - SK Bukit Petiti telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 di kantin sekolah. Majlis yang bermula pada 2.00 petang telah disempurnakan oleh YB Dato' Abdul Rahin Bin Dato' Mohd Said - ADUN Teluk Pasu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negeri Terengganu.

Di majlis ini, Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Bin Said telah memberi ucapan aluan dengan memaklumkan tentang Pelan Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Sekolah yang selaras dengan Pelan Transformasi Pendidikan Malaysia (2013 - 2015). Pelan Transformasi peringkat sekolah memberi penekanan kepada Pembangunan Akademik dan Non Akedemik serta mengutamakan Pembangunan Infastruktur yang ceria dan kondusif.

Dalam ucapan perasmiaan majlis, YB Dato Abdul Rahin mengingatkan Ibubapa tentang tanggung jawab serta kewajipan bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada pemimpin atas apa jua bantuan telah diberikan. Pada majlis ini Yang Berbahagia YB Dato Abdul Rahin telah menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada semua Ibubapa.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Abdul Rahin atas kecaknaan dan bantuan yang sentiasa diberikan kepada pihak sekolah. Terima Kasih Dato' Abdul Rahin Bin Dato' Mohd Said.

















21 Januari 2013

KURSUS VLE FROG PERINGKAT SKBP 2013



FROG adalah satu program ( Platform ) teknologi pembelajaran interaktif Virtual Learning Environment ( VLE ) yang akan diperkenal oleh KPM untuk digunakan setiap sekolah, setiap guru dan murid diseluruh negara.

Untuk makluman semua, SKBP akan mengadakan kursus VLE (Virtual Learning Enviroment) sebagaimana berikut:-

  • Tarikh : 27 Januari 2013 (AHAD)
  • Masa : 2.00 - 5.00ptg
  • Tempat : Makmal Sekolah
Kursus akan menjurus kepada beberapa aspek penting di dalam pembinaan laman VLE FROG ini iaitu:-
  • 1. pengenalan asas kepada dashboard peribadi dan sekolah.
  • 2. pengenalan kepada layout dan cara mengubahsuainya.
  • 3. pengenalan kepada widgets.
  • 4. pengenalan kepada resource manager.
Semua guru diwajibkan hadir. Sila bawa segala butiran diri dan jadual waktu pengajaran bagi aktiviti pengbengkelan paltform VLE masing masing.


Rujukan VLE Frog Guru SK Bukit Petiti

Log In ke FROG Sekolah [klik disini]





Pengenalan Am
Tutorial untuk pengguna admin.
Tutorial untuk pengguna guru.
Tutorial untuk pengguna pelajar.



SELAMAT DATANG

Selamat Datang dan berkhidmat di SK Bukit Petiti.
En Adham Bakti bertukar dari SMK Telemong ke SK Bukit Petiti bermula 15 Januari 2013.
Semoga kedatangan tuan akan menyumbang kepada kecemerlangan pengurusan sekolah.


20 Januari 2013

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERPRAKTIKUM




18 Januari 2013

Majlis Perjumpaan dan Ikrar Ibubapa dan Calon UPSR 2013






 

17 Januari 2013 - SKBP telah mengadakan Program Bersama Ibubapa Murid UPSR 2013. Objektif utama ialah membentangkan perancangan UPSR SKBP bagi 2013. Majlis telah dipengerusi oleh En Hamidi  bin Kahar. Dalam perjumpaan ini Tn Guru Besar - Ahmad Suhaimi Said telah menyampaikan ucapan motivasi kepada semua Ibubapa. Semua ibubapa diperingatkan bahawa tanggung jawab  kecemerlangan murid tahun 6 adalah tanggung jawab semua, bukan hanya pada guru tahun 6 serta pengurusan sekolah. Apa-apa yng telah dirancang oleh pihak sekolah akan gagal jika tiada kerjasama pihak ibubapa.

Antara aturcara majlis perjumpaan ialah:-
  • Ucapan Aluan dan Motivasi Kecemerlangan - Guru Besar
  • Perbentangan Perancangan UPSR 2013 - GPK1 : En Zainuddin Bin Jusoh
  • Sasaran UPSR 2013
  • Perbentangan Status Kedudukan Semasa  Prestasi Calon UPSR 2013
  • Ikrar Calon dan Ibubapa UPSR 2013
  • Soal - Jawab
Turut hadir di majlis ini ialah Naib Timbalan 1 - Pengerusi PIBG : En Rashid



NOTA IT : Penggunaan Photoscape : Buat Picture Page

Baru-baru ni terdapat beberapa soalan dari warga  sekolah tentang cara mudah untuk mengedit gambar. Di sini ada nota tentang penggunaan Aplikasi Photoscape. Ianya merupakan Aplikasi yang sangat berkuasa, mudah  dan yang paling penting ianya percuma. Ini merupakan aplikasi wajib bagi seorang photograpy


Nota ini kredit kepada : http://www.teratakarmo.com




TIPS kali ini adalah bagaimana untuk meminima penggunaan gambar dengan mengabungkan gambar agar ia tidak memberatkan blog korang. Bila bukak jer Software PHOTOSCAPE korang terus pergi kebahagian PAGE. Gambar seperti gambar di atas. Korang tekan jer bahagian PAGE tuhh.

BUAT PILIHAN FRAME DAN SIZE FRAME
PILIH GAMBAR YANG BERKENAN

Selepas bahagian PAGE ditekan korang akan mendapat paparan seperti diatas. Apa yang penting korang pilih corak frame yang korang nak. Kalau korang tahu saiz gambar yang korang nak, korang adjust kat bahagian resize (Sila rujuk gambar). Selepas tuh baru korang DRAG (TARIK) gambar yang korang nak.

KEPUTUSAN SETELAH SELESAI PEMILIHAN GAMBAR

Selepas kerja TARIK MENARIK dan Adjust Saiz Frame berdasar kehendak korang keputusan akan diperolehi seperti gambar diatas. Kalau korang rasa dah cantik dah. Korang Save ke Folder korang. Hanya ini sahaja langkah diperlukan untuk korang menjimatkan ruang dalam Entri korang.

MACAMANA GAMBAR MUKA AKU BOLEH HILANG PULOK.
Diatas adalah hasil dari pengeditan terhadap gambar yang aku berkenan. Kelebihan menggunakan Frame gambar bergabung ni antaranya Jimat Ruang dan ia akan mengurangkan kelembapan muat turun ker muat nak blog korang supaya mudah untuk Visitor blog korang membaca entri korang dengan rasa sejuk hati pasal tak lembab. Itu ajerrr..selamat mencuba.



IT UPDATE 1 : Digital Storage dan EMAIL - 1





31 Disember 2013 - Kursus  Email -1 dan Digital Storage telah diadakan kepada semua guru di Makmal Komputer SK Bukit Petiti. Kursus telah disampaikan oleh Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said. Antara pengisian kursus ialah :-
  • Pengaturan semula Email - Single Sign In
  • Penambahan Gidget pada EMAIL
  • DRIVE
  • Konsep Digital Storage
  • Dropbox sebagai Tool - Slaid Analisa Target Akademik

MESYUARAT JKS KALI PERTAMA 2013








SK Bukit Petiti telah melaksanakan Mesyuarat JKS kali 1/2013. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said telah menyentuh pelbagai pekara dan peringatan tentang keperluaan-keperluaan serta tindakan guru-guru khususnya dalam hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan panitia serta strategi sekolah bagi kecemerlangan akademik.

Beberapa aspek penambahbaikan bagi JKS 2013 telah dibuat. Antaranya :
  • Penggunan ICT dalam Pengurusan Akademik
  • 1 Target yang sama bagi semua guru matapelajaran dan Panitia
  • Penggunaan Digital Storage dalam pengurusan dan PDP
  • Pengamalan Budaya Sekolah Penyayang dalam Sekolah dan Bilik Darjah
  • Pemahaman ASAS KUALITI  dalam segala aspek pengurusan dan kerja buat
  • Pemufakatan Komuniti Luar dalam Kecemerlangan Pendidikan
Di akhir mesyuarat - GPK1 - En Zainuddin Bin Jusoh berharap agar komitmen dan kerjasama guru dalam usaha menaikkkan kecemerlangan akademik dan memohon agar semua berdoa bagi keselamatan, kecemerlangan dan kesejahteraan bagi kerja buat di sekolah, murid dan dan pencapaian sekolah dari segi akademik dan bukan akademik. AMIN.


09 Januari 2013

Software Percuma Dari Adobe CS2


Abobe Inc menawarkan software percuma bagi dimuat turun. Semua software adalah versi CS2. No siri software tersebut juga disertakan bersama.

Sila klik disini bagi ke website tersebut.