SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






24 Jun 2012

Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Pada 21 hingga 23 Jun, SK Bukit Petiti telah menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform 2012 bertempat di Padang SK Bukit Petiti. Perkhemahan tersebut adalah program tahunan unit berunifrom sekolah. Seramai 84 ahli unit berunifrom terdiri daripada pasukan Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menyertainya.Ianya di bahagikan kepada 9 kumpulan.
   Pada hari pertama, selepas pendaftaran pada pukul 3.30p.m., semua peserta  bertungkus lumus menyiapkan khemah dan gajet mengikut kumpulan masing-masing. Aktiviti pertama bermula pada jam 9.00 p.m. iaitu slot pertolongan cemas. Bermula pada hari ke-2, aktiviti berjalan lasak di adakan dengan penglibatan semua peserta. Peserta berjalan sejauh 3 km melalui jalan kampung di sekitar sekolah. Setiap kumpulan di berikan tugasan untuk di laksanakan semasa program tersebut berjalan. Selepas solat Jumaat, aktiviti ke-3 di laksanakan iaitu pertandingan merentas halangan. Pertandingan memasak pula di adakan pada pukul 5.00 p.m. dengan peserta di kehendaki memasak lauk untuk hidangan makan malam.Pada sebelah malam pula di adakan pertandingan malam kebudayaan yang mana dapat di saksikan pelbagai kebolehan peserta membuat persembahan pentas. Aktiviti terakhir di laksanakan pada pagi Sabtu iaitu pertandingan pertolongan cemas.
   Majlis penutup dan penyampaian hadiah di adakan tepat jam 11.00 a.m. dan di sempurnakan oleh NYDP PIBG SK Bukit Petiti, En. Abd. Rashid B Abd. Rahman. Dua orang peserta di pilih sebagai peserta terbaik perkhemahan tahun ini iaitu Mohd Hafizuddin Abdullah dan Nur Izzah Syuhada Bt Aziz.
   Pihak Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform 2012 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah serta PIBG dalam membantu menjayakan program perkhemahan ini. Sekian, terima kasih. InysaAllah, jumpa lagi tahun hadapan.