Klik Untuk Besarkan Imej


SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.

Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod



Klik Gambar Untuk Besarkan


30 November 2012

Edisi Cover Majalah Sekolah

Cover majalah sekolah iaitu SRI PETITI adalah merupakan terbitan grafik sekolah yang bertujuan memberi pengiktirafan tertinggi peringkat sekolah kepada mana mana individu yang banyak membantu pihak sekolah dalam pelbagai bidang.

Selain dari itu Cover Majalah SRI PETITI juga diberikan kepada mana mana guru dan staf yang akan bersara sebagai satu tanda ingatan dan pengiktirafan pihak SKBP.




EDISI : Penghargaan Kepada Mantan Guru Besar 2011 - 2012 Sempena Pesaraan Beliau
Tarikh : 18 Jan 2015









EDISI : Penghargaan Kepada pegawai Perhubungan Sekolah
Tarikh : 14 Nov 2013






EDISI : Penghargaan Kepada Persaraan Pembantu Tadbir
Tarikh : 12 Nov 2013








EDISI : Penghargaan Kepada Persaraan GPK HEM
Tarikh : 12 Nov 2012






21 November 2012

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2012


TAHNIAH kepada Pelajar yang berjaya !!!
Untuk makluman seramai 4 Orang pelajar yang telah mendapat 5A dan
3 Orang mendapat 4A 1B
 
TAHNIAH kepada Guru-Guru atas kejayaan ini.
 
19 Nov 2012 - SKBP telah mengadakan majlis penyampaian keputusan UPSR 2012. Majlis juga dihadiri oleh YDP PIBG  En Abdillah yang mana telah menyampaikan sumbangan peribadinya kepada murid yang mendapat 5A.

Dalam majlis ini, Guru Besar telah mengucapkan tahniah kepada semua Ibubapa dan murid yang berjaya. Beliau juga mengingatkan kepada mana-mana ibubapa yang kurang berjaya agar tidak berputus asa kerana masa depan murid-murid ini masih jauh. Peluang masih banyak khususnya pada masa sekolah menengah.

Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru atas usaha yang bersungguh-sungguh dan mengharapkan SKBP akan lebih berjaya pada masa hadapan.

Pelajar yang berjaya mendapat 5A
Pelajar yang berjaya mendapat 5A bersama Guru-Guru dan Ibu Bapa

Pelajar yang berjaya mendapat 5A dan 4A 1B bersama guru

19 November 2012

JADUAL KELAS CUTI TERANCANG DISEMBER 2012



14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434



WARGA SK BUKIT PETITI MENGUCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH
KEPADA SEMUA GURU, MURID DAN IBUBAPA.










NOTIS : Keputusan UPSR 2012




Ibubapa tahun 6 boleh mendapatkan keputusan UPSR
selepas pukul 10.00pagi di sekolah
pada hari tersebut.

TAHNIAH kepada Pelajar yang berjaya !!!
Untuk makluman seramai 4 Orang pelajar yang telah mendapat 5A di SKBPT


Pelajar yang berjaya mendapat 5A
Pelajar yang berjaya mendapat 5A bersama Guru-Guru dan Ibu Bapa

Pelajar yang berjaya mendapat 5A dan 4A 1B bersama guru

09 November 2012

Program Gotong Royong Keselamatan dan Keceriaan SKBP


9 NOV 2012 - SK Bukit Petiti dengan kerjasama PIBG dan JKK telah mengadakan Program Gotong Royong Keselamatan dan Keceriaan Sekolah. Objektif utama ialah menebang pokok pokok yang dikategorikan sebagai merbahaya dan tidak kondusif. Alhamdulillah program ini telah dihadiri oleh ibubapa  serta guru.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang terlibat terutamanya kepada En Abdillah - YDP PIBG serta En Rashid - Timb YDP PIBG SKBP diatas kerjasama yang dibuat secara percuma. Semoga jasa baik semua dirahmati Allah dan menyumbang kearah peningkatan kualiti Pendidikan di sekolah ini.




08 November 2012

Persaraan Tn Hj Othman Bin Zit





7 NOV 2012 - SK Bukit Petiti telah mengadakan Majlis Persaraan Tn Hj Othman Bin Zit yang akan bersara pada 1.12.2012. Majlis telah dihadiri oleh Wakil PPD iaitu Tn Hj Shuaimi Bin Endut - Pegawai Kaunselor PPD Kuala Terengganu, YDP PIBG - En Abdillah, Ibubapa serta rakan lama beliau dari sekolah berdekatan.

Pasukan Koir Sekolah telah menyanyikan beberapa buah lagu bagi memeriahkan majlis ini. Makcik Wok - salah seorang penduduk kampung juga menyanyikan sebuah lagu bagi meraikan persaraan Tn Hj Othman.