SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






29 Mac 2013

Lawatan Pemantauan dan Khidmat Bantu Pegawai Institut Aminudin Baki ke SKBP 2013

SK Bukit Petiti telah dilawati oleh En Shafie dari Institut Aminudin Baki Genting Highland bagi urusan semakan Kewangan dan Pentadbiran SK Bukit Petiti pada 29 Mac 2013. Sepanjang pemantauan itu GPK Hem En Nor Shafizan bersama PT Pn Fatimah telah terlibat menguruskan keperluaan pemantauan tersebut.

Alhamdulillah - Dapatan Pemantauan adalah baik. Selain dari itu ada cadangan penambahbaikan yang telah diberikan seperti Penggunaan MEMO Dalaman mengantikan surat rasmi bagi urusan dalaman



Pemantauan oleh En Shafie (Pensyarah IAB Genting )


Semakan Dokumen Kewangan dan Pentadbiran

GPK HEM : En Nor Shafizan bersama En Shafie.

21 Mac 2013

Majlis Temu Murni Kali ke 2 (Ujian 1) 2013


Sesi Perjumpaan dengan Ibubapa dikendalikan oleh Guru Kelas.

Sesi perbincangan anatara guru (Ustazah Wan Esah dan En Hamidi) dan ibubapa

GPK HEM - En Nor Shafizan Husain telah memberi penerangan
dan motivasi kepada pelajar tahun5


SK Bukit Petiti telah mengadakan Majlis Temu Murni bagi keputusan ujian 1 yang telah diadakan oleh pihak sekolah. Majlis ini telah diadakan pada 21 Mac 2013. Objektif utama majlis ini ialah  menerangan potensi anak - anak murid kepada Ibubapa serta berbincang tentang strategi starategi yang boleh diambil oleh Ibubapa kepada anak-anak mereka di rumah bagi mencapai kecemerlanga pendidikan.


17 Mac 2013

Pelancaran Program Menggalakan Pembacaan Bahan Bahasa Inggeris 2013

Perhimpunan Pelancaran Program Bacaan Bahas Inggeris

Simbolik : GPK 1 En Zainuddin menyampaikan bahan bacaan bagi setiap kelas

Persembahan Bahasa Inggeris

Barisan Jawatankuasa yang terlibat

Mudah mudahan Allah merahmatkan semua murid SK Bukit Petiti
dan menganugerahkan Kejayaan dalam pelajaran mereka. Amin.


17 Mac 2013 - SKBP telah membuat pelancaran secara rasmi bagi Program Penggalakan Pembacaan Bahan Ringan Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah walaupun aktiviti ini telah dimulakan semenjak bulan Feburari lagi.

Majlis telah diserikan dengan persembahan Action Song oleh murid-murid tahun 2 dan 3. Di majlis ini, semua kelas telah diserahkan bakul bahan bacaan sebagai simbolik kepada minat pelajar kepada bahan bacaan Bahasa Inggeris.

16 Mac 2013

Gambar Penyertaan SKBP dalam Kejohanan Olahraga MSST KTU








14 Mac 2013

PASUKAN BOLASEPAK SKBP 2013

Pasukan Bolasepak bergambar dengan Pengurus Pasukan En Rofiee dan
Guru Besar En Ahmad Suhaimi Said


Pasukan Bolasepak SK Bukit Petiti tetap menjadi kebanggan kami
walau pun gagal ke pusingan akhir. Tekadkan usaha bagi
kejayaan yang lebih cemerlang pada 2014

Mudah mudahan Allah mengurnikan kecemerlangan
dalam Ko Kurikulum dankejayaan dalam UPSR kepada pelajar SKBP. Amin

13 Mac 2013

Lawatan Penandaarasan Kecemerlangan ke SK TAPU

Sesi Fotografi antara SK Bukit Petiti dan Tapu
Tandatangan MOU Smartpartnership antara 2 buah sekolah
Perbentangan Perancangan UPSR oleh GPK 1 SK Tapu
En Mustapa


13 Mac 2013 - SK Bukit Petiti telah membuat Lawatan Penandarasan Kecemerlangan UPSR dan SKPM ke SK Tapu, Hulu Terengganu. Objektif utama ialah mendedahkan guru guru UPSR dengan Idea-idea baru yang telah dipraktikan oleh guru guru SK Tapu serta mewujudkan lingkage antara 2 buah sekolah.

Pada Lawatan ini MOU - Smartpartnership antara 2 buah sekolah telah dibuat atas bidang:-
  • Pengurusan kurikulum
  • Pengurusan dan Pentarafan SKPM
  • Pengurusan Kecemerlangan UPSR
Peserta lawatan yang terlibat adalah Guru Besar, GPK serta barisan guru UPSR dan Linus. Tahniah diucapkan kepada SK Tapu atas kejayaan secara berterusan dalam pencapaian UPSR sehingga mencapai GPS 1.12.

Sesi Taklimat oleh Tn GUru Besar SK Tapu

Penyampaian PLAT SKBP kepada SK Tapu


Cenderahati kepada GPK 1 SK Tapu



11 Mac 2013

Lingkage Antara SK Bukit Petiti dan Cempaka International School



SK Bukit Petiti telah mengadakan MOU Smartpartnership dengan Cempaka International School pada 26 Februari 2013 di Cempaka International School bagi sefahaman bidang bidang seperti :-
  • Pengurusan ICT
  • Pembelajaran dan Pengajaran Secara VLE | LMS  - Schoology
  • Pengurusan Kurikulum dan HEM
Semoga MOU ini akan memberi manfaat kepada 2 buah sekolah ini.


08 Mac 2013

Majlis Penyerahaan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS Sesi 2013


Sesi Bergambar Pegawas Sekolah sesi 2013


Sesi Bergambar Pegawas PSS Sekolah sesi 2013

Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said menyampaikan Ucapan

Wakil dari Ketua Balai Manir - Sarjan Aziz berucap merasmikan Majlis Perlantikan
dan penyerahan Watikah Perlantikan.






3 MAC 2013 - SK Bukit Petiti telah mengadakan Majlis Penyerahaan Watikah Perlatikan Pengawas Sekolah dan Pengawasan PSS bagi sesi 2013. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Ketua Balai Polis Manir, Sarjan Abd Aziz dari Balai Polis Manir. Seramai 43 orang pengawas telah diberi watikah perlantikan.

Pada majlis ini, Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said telah mengingatkan barisan pengawas yang dilantik yang mereka adalah pelajar-pelajar yang terpilih dan diharapkan oleh pihak sekolah. Pengawas sebagai wakil guru disiplin - perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta sentiasa menjaga imej dari segi kelakuan dan pakaian kerana meraka adalah model dan ikutan bagi pelajar pelajar lain.

Tahniah kepada semua murid yang dilantik. Semoga dapat berkhidmat dengan berdisiplin serta sentiasa menjaga imej sekolah.

Semoga Allah merahmati SK Bukit Petiti dengan Kejayaan, Keselamatan dan Kecemerlangan. Amin