SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






31 Oktober 2011

Borang Aduan Online

03 Oktober 2011

Perkhemahan Unit Uniform Dan Basikalton Sambutan Hari Malaysia 2011

Pada 29 September hingga 1 Oktober 2011, SK Bukit Petiti telah menganjurkan Perkhemahan Unit Uniform dan Basikalton Sambutan Hari Malaysia. Ianya melibatkan peserta seramai 74 orang murid tahap 2 yang terdiri daripada dua unit uniform iaitu Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Peserta mula mendaftar pada jam 2.30pm dan mendirikan khemah mengikut kumpulan yang di agihkan. Pada pagi jumaat, pukul 8.30am, peserta menyertai Basikalton Sambutan Hari Malaysia. Hanya 58 peserta sahaja yang menyertai basikalton kerana ada para peserta yang tidak mempunyai basikal, serta di tugaskan memasak untuk makan tengahari. Perjalanan sejauh 23km bermula di padang sekolah melalui SK Kebor Besar ke Manir. Dari Manir, melalui SK Kebor Ayer dan keluar melalui SK Banggol Peradong dan tamat di sekolah. Pelbagai pengalaman menarik dapat di rasai oleh para peserta sepanjang basikalton tersebut.
     Untuk perkhemahan, pelbagai aktiviti menarik di laksanakan sesuai dengan fokus utama kegiatan kokorikulum unit unifrom. Antaranya pertandingan mencari harta karun, pertandingan kawad kaki serta pertandingan malam kebudayaan. Kesemua 10 kumpulan yang menyertai perkhemahan tersebut menyertai setiap aktiviti yang di pertandingkan.Majlis penutup di rasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG, En. Abdillah B Ismail pada jam 11.00am hari Sabtu. Semua peserta amat seronok menyertai perkhemahan tersebut dan pelbagai pengalaman menarik dapat di rasai sepanjang menyertai perkhemahan tersebut.



(foto perkhemahan akan di update....)