SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






18 Januari 2013

IT UPDATE 1 : Digital Storage dan EMAIL - 1





31 Disember 2013 - Kursus  Email -1 dan Digital Storage telah diadakan kepada semua guru di Makmal Komputer SK Bukit Petiti. Kursus telah disampaikan oleh Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said. Antara pengisian kursus ialah :-
  • Pengaturan semula Email - Single Sign In
  • Penambahan Gidget pada EMAIL
  • DRIVE
  • Konsep Digital Storage
  • Dropbox sebagai Tool - Slaid Analisa Target Akademik

MESYUARAT JKS KALI PERTAMA 2013








SK Bukit Petiti telah melaksanakan Mesyuarat JKS kali 1/2013. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said telah menyentuh pelbagai pekara dan peringatan tentang keperluaan-keperluaan serta tindakan guru-guru khususnya dalam hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan panitia serta strategi sekolah bagi kecemerlangan akademik.

Beberapa aspek penambahbaikan bagi JKS 2013 telah dibuat. Antaranya :
  • Penggunan ICT dalam Pengurusan Akademik
  • 1 Target yang sama bagi semua guru matapelajaran dan Panitia
  • Penggunaan Digital Storage dalam pengurusan dan PDP
  • Pengamalan Budaya Sekolah Penyayang dalam Sekolah dan Bilik Darjah
  • Pemahaman ASAS KUALITI  dalam segala aspek pengurusan dan kerja buat
  • Pemufakatan Komuniti Luar dalam Kecemerlangan Pendidikan
Di akhir mesyuarat - GPK1 - En Zainuddin Bin Jusoh berharap agar komitmen dan kerjasama guru dalam usaha menaikkkan kecemerlangan akademik dan memohon agar semua berdoa bagi keselamatan, kecemerlangan dan kesejahteraan bagi kerja buat di sekolah, murid dan dan pencapaian sekolah dari segi akademik dan bukan akademik. AMIN.


09 Januari 2013

Software Percuma Dari Adobe CS2


Abobe Inc menawarkan software percuma bagi dimuat turun. Semua software adalah versi CS2. No siri software tersebut juga disertakan bersama.

Sila klik disini bagi ke website tersebut.