SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






07 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang Akademik 2012




7 Nov 2012 - SK Bukit Petiti telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik di dewan terbuka SK Bukit Petiti.  Majlis turut dihadiri oleh En Mustafa - Pengawai Pembangunan dan Perbekalan PPD Kuala Terengganu dan YDP PIBG - En Abdillah. Antara ucapan Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Said, beliau mengingatkan kepada Ibubapa tentang tanggung jawab kecemerlangan murid-murid adalah tanggung jawab bersama. Tanpa kesinambungan usaha dari sekolah ke rumah, maka usaha guru seharian akan gagal.

YDP PIBG pula mengesa Ibubapa memberi kerjasama kepada pihak guru dan sekolah agar sekolah lebih berjaya. Majlis telah dirasmikan oleh En Mustafa yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Beliau mengingatkan Ibubapa supaya sentiasa memberi perhatian kepada aktiviti dan pergerakan anak-anak pada waktu malam. Syabas dan Tahniah kepada semua penerima anugerah.









05 November 2012

PERTUKARAN PEGAWAI OKT / NOV 2012

En Khairul Aswadi
En Nazarudin

SK Bukit Petiti telah kehilangan 2 orang pegawai yang berdedikasi iaitu En Khairul Aswadi yang bertukar ke PPD Kuala Terengganu sebagai Pegawai KGSK dan En Nazarudin yang telah bertukar
sebagai GPK Ko Kurikulum di SK Undang. SK Bukit Petiti ingin mengucapkan terima kasih atas jasa dan budi sewaktu berada disini dan Selamat Maju Jaya.

21 Oktober 2012

SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR


Warga SK Bukit Petiti mengucapkan selamat datang kepada
Guru Besar yang baru iaitu Encik Ahmad Suhaimi Bin Said
yang menggantikan tempat Tuan Haji Aslai Bin Abd Rahman
yang bertukar ke SK Darat Batu Rakit.
Selamat bertugas di SK Bukit Petiti.