Klik Untuk Besarkan Imej


SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.

Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod



Klik Gambar Untuk Besarkan


05 Mei 2010

Tahniah Warga SK Bukit Petiti

Tahniah di ucapkan kepada semua warga SK Bukit Petiti dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan SK Bukit Petiti Kali ke-24. Walaupun pada asalnya, kejohanan di jadualkan pada 27 April 2010, namum kerana cuaca tidak mengizinkan, ianya terpaksa di tunda kepada 4 Mei 2010. Namum begitu, ianya sedikit pun tidak melunturkan semangat warga SK Bukit Petiti untuk menjadikan ianya kejohanan sukan paling meriah sepanjang zaman. Persiapan rapi yang di lakukan sebulan sebelum itu nyata menampakkan hasil dengan pelbagai kemeriahan di rasai. Sambutan ibu bapa juga amat menggalakkan dengan penglibatan bersama JKKK Bukit Petiti, Bukit Petiti Dalam dan Kuala Belara.

Kejohanan ini di rasmikan oleh YDP PIBG, En. Abdillah B Ismail, manakala ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abd. Rahin B. Dato' Haji Mohd Said telah sudi merasmikan majlis penutupnya dengan melepaskan acara terakhir, iaitu tarik tali yang di sertai oleh masyarakat setempat bersama guru SK Bukit Petiti.

 Sebanyak 22 acara di pertandingkan dengan melibatkan penyertaan semua murid SK Bukit Petiti. Jutaan terima kasih juga di ucapka kepada semua pihak yang sudi menaja hadiah dan sumbangan untuk para pemenang. Kemeriahan tersebut dapat di saksikan pada foto yang di lampirkan. Semoga bertemu lagi pada kejohanan kali ke-25 dan akan lebih meriah.