Klik Untuk Besarkan Imej


SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.

Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod



Klik Gambar Untuk Besarkan


07 September 2011

Sambutan Aidilfitri 1432H Peringkat Sekolah

7 September 2011, SK Bukit Petiti mengadakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Program sambutan tersebut bermula 7.45 pagi dengan taklimat ringkas oleh PK Ko. Pada jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi murid tahap satu terlibat dalam pertandingan mewarna poster 'Riang-Ria Aidilfitri', manakala murid tahap dua terlibat dalam pertandingan mencipta kad hari raya dan tulisan khat. Majlis berhenti rehat pada jam 9.30 pagi dengan menjamu juadaha hari raya yang di bawa oleh murid. Pada jam 10.15 pagi, acara pentas di mulakan dengan persembahan hari raya oleh murid dan guru. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan jamuan hari raya guru dan murid dengan menu pilihan, sate dan nasi himpit.