SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






21 Oktober 2012

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA TAHUN 2012


SK Bukit Petiti telah berjaya mengadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga Tahun 2012 pada 4 Oktober 2012. Acara bermula pada jam 8 pagi dengan acara olahraga dan sukaneka.Antara acara olahraga yang dipertandingkan ialah lompat tinggi, lontar peluru, 4x100m, 100m, 200m dan banyak lagi. Semua peserta bersungguh-sungguh berlumba untuk memenangi pingat dan mengumpul mata bagi rumah masing-masing. Pada sesi petang, majlis dimulakan dengan perbarisan dan bacaan ikrar oleh murid-murid SK Bukit Petiti.

Majlis penutup kejohanan ini dirasmikan oleh Puan Aida Binti Azam, Ketua Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus. Ini diikuti oleh majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Pada tahun ini rumah Temenggong telah berjaya menjadi juara keseluruhan bagi sukan tahunan. Tahniah diucapkan bagi semua warga SK Bukit Petiti yang telah berusaha untuk menjayakan Kejohanan Sukan pada kali ini. Semoga pada tahun hadapan akan menyaksikan kejohanan yang lebih gemilang.
Acara sukaneka bagi tahap 1 iatu membawa bola dengan gelung rotan

Acara olahraga 200m lelaki
Wakil perbarisan rumah Panglima
Wakil perbarisan rumah Temenggong
Rumah Bendahara memenangi kategori Hiasan Khemah Terbaik
Tuan Haji Aslai memakaikan medal bagi pemenag acara olahraga
Puan Aida menyampaikan hadiah bagi acara sukaneka