1. Niat
Ya Allah, aku berniat membaca surah yassin ini untuk aku/anak-anakku belajar dan lulus peperiksaan (sebut nama peperiksaan…….) dengan cemerlang
2. Permohonan
Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. Kaulah Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi maha Mengasihani. Aku bermohon kepadaMu bahawa berkatilah aku membaca yassin ini, kau terangilah hatiku/anak-anakku dan tenangkan fikiranku/ anak-anakku supaya aku/ anak-anakkudapat belajar dan memahami segala ilmu dan mata pelajaran yang anak-anakku ambil untuk peperiksaan (sebut nama peperiksaan….) Kau berilah kesihatan tubuh badan dan otakku/ anak-anakku dan kau berilah jalan yang mudah bagiku/ anak-anakku agar aku/ anak-anakku lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan tersebut. Amin Ya Rabbal Alamin.
3. Sebelum membaca surah yassin, bacalah dahulu surah al-fatihah sebanyak 7 kali dan setiap satu bacaan sedekahkanlah kepada yang berikut :-
i. Aku baca surah al-fatihah ini untuk Nabi Muhammad saw. Alfatihah……
ii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk Malaikat. . Alfatihah……
iiii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk para Nabi. Alfatihah……
iv. Aku baca surah al-fatihah ini untuk para wali. Alfatihah……
v. Aku baca surah al-fatihah ini untuk Ibu Bapaku.. Alfatihah……
vi. Aku baca surah al-fatihah ini untuk sekelian Muslimin. Alfatihah……
vii. Aku baca surah al-fatihah ini untuk segala hajatku. Alfatihah……
4. Baca Bismillah dan baca kata yassin iaitu perkataan yassin sebanyak 7 kali dan baca niat serta permohonan seperti perkara di nombor 1 dan 2 di atas.
5. Apabila tiba pada ayat “salamun qau lan mirrabil rahim”, baca ayat tersebut sebanyak 7 kali dan sebutkan niat dan permohonan seperti perkara di nombor 1 dan 2 atas. Kemudian teruskan membaca surah yassin hingga tamat.
6. Apabila tiba pada ayat “awalai thallazi khalaqassama watiwal ardha biqadirin ‘allaiyah luqamislahum bala…”. Bacalah ayat tersebut sebanyak 7 kali dan ulang niat dan permohonan pada perkara nombor 1 dan nombor 2 di atas. Kemudian teruskan membaca yassin hingga tamat.
7. Setelah tamat membaca surat yassin, sebaik-baiknya ulang sekali lagi niat dan permohonan seperti perkara nombor 1 dan nombor 2 di atas. Kemudian tutup kitab yasin dan cium sekali.