SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






15 November 2013

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2013

14 Nov 2013 - Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2013 telah diadakan bermula pukul 10 pagi. Ianya dimulakan dengan Lafaz Kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan dan rezekiNya kepada kejayaan ini. Majlis dimulakan dengan Taklimat ringkas oleh Tn Guru Besar bersama guru guru UPSR di bilik Mesyuarat SKBP. Majlis turut dihadiri oleh YDP PIBG En Abdillah Bin Ismail dan NYDP PIBG En Rashid.

Majlis Penyampaian Keputusan UPSR 2013 telah dilaksanakan di Dewan terbuka SKBP bersama sama dengan ibubapa dan calon UPSR 2013. Dalam Majlis ini Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Bin Said telah menyampaikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pasukan UPSR SKBP serta guru guru yang membantu dalam menaikkan prestasi UPSR. Ucapan terima kasih juga kepada PIBG dan Ibubapa yang mana sangat menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh SKBP.

YDP PIBG dalam ucapannya menyatakan rasa terharu dan menitiskan air mata diatas kejayaan sekolah ini. Kenaikan 100% pencapaian bagi 5A (8 orang) serta mencapai GPS 1.69 adalah merupakan rekod terbaik SKBP setakat ini. Alhamdulillah. YDP PIBG telah menyampaikan wang hadiah sebanyak RM100 bagi setiap murid yang mendapat 5A.




Alhamdulillah, Syukur kepada Allah SWT - 
SK Bukit Petiti mencapai 5A seramai 8 orang (33.33%) dan GPS (1.69) di dalam UPSR 2013. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Pasukan UPSR SKBP, GPK, Guru-Guru, Staf, YDP/NYDP/AJK PIBG, JPNT/PPD, Ibubapa/Penjaga, JKKK, dan Imam2 Masjid dan lain lain - atas usaha dan doa yang berterusan serta sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah. Terima Kasih.