SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






22 Januari 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

 

21 January 2013 - SK Bukit Petiti telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013 di kantin sekolah. Majlis yang bermula pada 2.00 petang telah disempurnakan oleh YB Dato' Abdul Rahin Bin Dato' Mohd Said - ADUN Teluk Pasu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negeri Terengganu.

Di majlis ini, Tn Guru Besar - En Ahmad Suhaimi Bin Said telah memberi ucapan aluan dengan memaklumkan tentang Pelan Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Sekolah yang selaras dengan Pelan Transformasi Pendidikan Malaysia (2013 - 2015). Pelan Transformasi peringkat sekolah memberi penekanan kepada Pembangunan Akademik dan Non Akedemik serta mengutamakan Pembangunan Infastruktur yang ceria dan kondusif.

Dalam ucapan perasmiaan majlis, YB Dato Abdul Rahin mengingatkan Ibubapa tentang tanggung jawab serta kewajipan bersyukur pada Allah dan berterima kasih pada pemimpin atas apa jua bantuan telah diberikan. Pada majlis ini Yang Berbahagia YB Dato Abdul Rahin telah menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada semua Ibubapa.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Abdul Rahin atas kecaknaan dan bantuan yang sentiasa diberikan kepada pihak sekolah. Terima Kasih Dato' Abdul Rahin Bin Dato' Mohd Said.