dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.
Petua amalan ibubapa untuk anak yang
menduduki peperiksaan…
menduduki peperiksaan…
Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa
peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :
1 ::Al-Fatihah (7 kali)
2 :: Selawat (7 kali)
3 ::Subhanallah (44 kali)
4 ::Alhamdulillah (44 kali)
5 :: Allahhu Akbar (44 kali)
6 :: YaHayyu Ya Qayyum (21 kali)
7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-
Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…
Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu.
Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…
Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil
segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…
Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa. Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ra)
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
Pelajar-pelajar pula hendaklah selalu berdoa mohon berkat ilmu yang dipelajari, seperti berikut:
Sama-sama kita berdoa semoga anak-anak kita berjaya di dalam peperiksaan dan menjadi aset yang berharga samada di dunia mahupun di akhirat. Sebaik-baik doa ialah mendoakan orang lain
dimana orang itu tidak mengetahuinya.
Sumber : http://makmalsainssmkdm.blogspot.com/2012/10/doa-untuk-calon-peperiksaan-dan-peranan.html