SEMUA GURU SK BUKIT PETITI TAHUN 2020



//kik Untuk Besarkan Imej//





SK Bukit Petiti sedang mengumpul maklumat bekas murid dan guru SK Bukit Petiti bagi tujuan Pengurusan Alumni. Pohon kerjasama semua bekas murid dan guru mengisi makluman Tuan/Puan.



Pendaftaran Ahli | Lihat Rekod









Klik Gambar Untuk Besarkan






16 September 2013

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025




PPPM 2013-2025 dilaksanakan mengikut sistem gelombang yang dinamakan Gelombang Pertama 2013 hingga 2015, Gelombang Kedua 2016 hingga 2020 dan Gelombang Ketiga 2021 hingga 2025. 



  • Gelombang Pertama 2013 hingga 2015
    • Menumpukan kepada perubahan sistem yang membabitkan pembelajaran murid, guru dan pemimpin sekolah, transformasi kementerian dan struktur sistem.
  • Gelombang Kedua 2016 hingga 2020 
    • Menumpukan kepada memacu peningkatan dan penambahbaikan sistem pembelajaran. Inisiatif di bawah gelombang itu termasuk mempertingkatkan standard pembelajaran melalui peperiksaan nasional yang mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi serta memperkenalkan kelas pemulihan Bahasa Inggeris di peringkat rendah atas.
  • Gelombang Ketiga 2021 hingga 2025 
    • Menumpukan kepada gerakan ke arah kecemerlangan melalui peningkatan tadbir urus kendiri.Dalam gelombang itu antara program yang akan dilaksanakan termasuk program pendidikan murid pintar cerdas di peringkat kebangsaan, meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam pendidikan vokasional serta memperluaskan model inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), katanya.

Laporan Awal PPPM dilancarkan pada 11 September 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan KPM sudah mengadakan sembilan Hari Terbuka mengikut zon di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat terhadap Laporan Awal itu.


Majlis Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 6 September 2013.

Kementerian juga menetapkan kepentingan utama untuk dicapai dalam Gelombang Pertama pelaksanaan PPPM.

  1. Pelancaran 1 Agenda Kementerian sudah diadakan pada 5 Disember 2012 bagi merencana dan memudahkan pengagihan tugas serta menetapkan piagam untuk setiap Bahagian dalam kementerian. 
  2. Di bawah Anjakan kesembilan PPPM yang mana pembabitan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta digalakkan untuk membentuk ekosistem pembelajaran, keberhasilan murid akan dapat ditingkatkan untuk memastikan individu yang melalui sistem pendidikan di negara ini mampu bersaing di peringkat global, tetapi masih kukuh dengan agama dan nilai.
  3. Pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sekolah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Februari 2013 membabitkan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari seluruh Negara, termasuk warga pendidik, pemimpin masyarakat dan beberapa syarikat swasta.
  4. Menjelang hujung tahun ini, sasaran keberhasilan ialah pengurangan 50 peratus sekolah Band 6 dan Band 7 di Kedah dan Sabah; 50 peratus guru Bahasa Inggeris bawah tahap penguasaan kemahiran berbahasa berada di landasan untuk menamatkan kursus peningkatan kemahiran dan enrolmen prasekolah meningkat kepada 88 peratus berbanding 77 peratus pada 2011.
  5. Kementerian juga mensasarkan penambahan 18 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan mewujudkan 10 sekolah untuk International Baccalaurate (IB) 
  6. Dari segi literasi Bahasa Malaysia dan numerasi pula, kementerian menyasarkan 100 pesatus murid Tahun Tiga selain peningkatan signifikan dalam literasi Bahasa Inggeris. 
  7. Bagi memperkasa kaedah pembelajaran, 100 peratus sekolah disasarkan memiliki capaian internet sekurang-kurangnya empat mega bait sesaat manakala 410,000 guru akan dinilai melalui instrumen bersepadu. 
  8. Sebanyak 1,608 sekolah yang memerlukan pengubahsuaian kritikal pula akan dinaikkan taraf atau diperbaiki dalam tempoh itu. 

Sumber : http://www.bharian.com.my/articles/PPPMdilandasancapaikejayaan/Article/